Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Negeri Sembilan Kini Bebas Zon Merah!

Alhamdulillah.

Masyarakat di Negeri Sembilan kini boleh menarik nafas lega apabila tiada lagi zon merah Covid-19 di negeri itu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) semalam iaitu bilangan pesakit yang sembuh meningkat kepada 698 berbanding 619, kelmarin.

Seremban & Rembau Zon Kuning

Hanya dua daerah yang berstatus zon kuning iaitu Seremban dan Rembau manakala yang lain iaitu Tampin, Jempol, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu berstatus zon hijau.

Sebelum ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 kekal kepada 793 membabitkan 163 kes adalah dari kluster Pedas, 144 kes dari kluster Ijtimak Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur dan 112 kes dari kluster Sendayan dengan satu kematian.

Tiada kes kematian baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan kes.

Apa-apa pun jangan gembira sangat, arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dipatuhi ya.

Untuk perkembangan dan maklumat terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina