Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Kaunter Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuka Pada 30 & 31 Mei – LHDN

Ambil perhatian semua!

Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei ini iaitu Sabtu dan Ahad, kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.

Beroperasi Hingga 4 Petang

Orang ramai boleh pergi ke cawangan LHDN negeri masing-masing kerana kaunter rayuan akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Bagi pemohon BPN di Sabah dan Labuan pula, kaunter permohonan rayuan BPN akan dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.

Langkah berkenaan bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan itu.

Jangan lupa ya guys!

Sumber: Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Syafiqa Irdina