Sihat By: Yanie Baharom July 21, 2018 @ 5:00pm

Lupakan Musang King Sejenak, Ini 12 Khasiat Durian Belanda Wajar Anda Tahu

Durian merupakan salah-satu topik hangat yang diperkatakan kebelakangan ini dan berita tentangnya terus menghiasi timelime di kebayakan platform sosial media mahupun akhbar, majalah, televisyen dan radio.

Justeru apa kata daripada kita terus membicarakan keenakan raja buah itu terutamanya daripada jenis D24, Musang King, Durian Kunyit, Udang Merah dan yang sewaktu dengannya, kita alihkan pandangan kepada jenis durian yang rasanya tidak kurang hebat iaitu durian Belanda.

Pangkal nama durian tetapi bentul fizikal durian belanda dan biasa terdapat banyak perbezaan baik dari segi dalaman mahupun luaran malah baunya juga berbeza.

Jika durian biasa, baunya menyengat sehinggakan ada sesetengah orang tidak selesa bahkan ada yang tiba-tiba diserang sakit kepala! Durian belanda pula sebaliknya kerana isinya yang putih gebu serta berbau wangi.

Khasiat yang terdapat DI dalamnya juga sungguh luar biasa kerana ia dianggap sebagai agen yang berkesan dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita.

Tahukah anda khasiat buah durian belanda JUGA 1000 kali lebih elok dari membuat chemotherapy? Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kimo.

Ketahui selanjutnya khasiat buah yang berupaya menghindari anda daripada kanser.

Foto: Mingguan Wanita

12 Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Pelbagai Jenis Masalah Kesihatan

1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kimo.

2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3. membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, seperti kanser usus besar, payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas.

4. Daun buah ini yang dilumatkan juga boleh menjadi ramuan untuk mengurangkan ekzema dan penyakit kulit yang lain. Untuk penyakit kusta, boleh diambil jus durian belanda ketka berpuasa.

5. Buah durian belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.

6. Vitamin B1 yang terkandung dalam buah ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

Foto: tribunnews

7. Merawat buasir dan keracunan makanan yang dihidapi oleh bayi. Perah buahnya untuk mendapatkan paling kurang satu cawan jusnya dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari untuk mendapatkan kelegaan. Bagi sembelit yang dihidapi oleh bayi pula, berikan 2-3 sudu besar jus buah ini kepada bayi tersebut.

8. Bahan kimia yang dikenali sebagai tryptophan yang terdapat pada buah ini memberikan rasa ketenangan dan mengantuk. Maka, ia sememangnya sangat bagus untuk mereka yang menghidapi insomnia. Daunnya juga sering digunakan dalam rawatan aromaterapi dan membantu untuk tidur. Buahnya pula membantu untuk mengawal tekanan darah dan hipertensi.

9. Disebabkan oleh kelembapannya yang tinggi, buah durian belanda sangat berkesan untuk merawat dan mencegah jangkitan pada saluran air kencing atau dikenali sebagai urinary tract infections ( UTI ), urethritis dan hematuria. Jusnya boleh diminum begitu sahaja untuk penghidap urethritis, hematuria dan jangkitan ringan pada hati.

10. Buah durian belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan. Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi, fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang menghalang jangkitan parasit dalam badan.

11. Bahagian isi buah ini boleh digunakan untuk merawat luka pada bahagian yang terluka atau tercedera dalam tempoh tiga hari. Semua ini bukan sahaja dapat mempercepat kadar penyembuhan bahkan juga berupaya menghalang pembiakan bakteria. Selain itu, daun ini juga mampu untuk merawat kaki yang bengkak.

12. Daun buah ini juga berkesan untuk mengelakkan parasit daripada membiak di kepala. Kutu kepala merupakan antara parasit yang mudah membiak maka secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan rambut. Ramuan yang dibuat daripada daun buah durian belanda boleh disapu pada kulit kepala untuk membuang kutu kepala.

Foto: stinkyspikes

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Kongsikan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Sumebr: Sehinggit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Mar 2019
Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Wed, 14 Nov 2018

14 Simptom Lazim Yang Menunjukkan Anda Menghidap Penyakit Kencing Manis

Sesetengah pesakit tak tahu pun mereka menghidap penyakit ini!

Sihat Thu, 15 Aug 2019

Melasma punca ibu hamil berasa rendah diri, bagaimana mencegahnya?

Melasma sejenis pigmentasi atau tompokan coklat dimuka ketika hamil.

Sihat Tue, 15 May 2018

Ikuti 3 Tip Ini Supaya Anak Anda Mula Biasakan Diri Dengan Memakan Makanan Sihat

Obesiti kanak-kanak semakin serius sekarang ini, jadi buat pilihan bijak ketika menghidangkan makanan.

Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

Sihat Thu, 12 Jul 2018

Urutan Kaca Bukan Saja Menghilang Stres Tetapi Dapat Runcingkan Wajah. Wow!

Rawatan gelas kaca bermula di bahagian wajah, kepala dan belakang badan berupaya mengurangkan tekanan dialami wanita.

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Sihat Wed, 12 Dec 2018

This Is How Kris Jenner Keeps In Shape – It Includes Working Out At 4AM

As the female head of Kardashian-Jenner clan, she needs to look good too!