Featured By: Fadzlena Jafar May 1, 2020 @ 5:15pm

Aktiviti berbentuk perhimpunan tidak dibenarkan termasuk pulang meraikan Aidilfitri

Meskipun Kerajaan memberi kelonggaran kepada hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini, ada beberapa kategori industri kekal tidak beroperasi, termasuk orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung pada Aidilfitri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan untuk membenarkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial itu beroperasi diambil selepas mengambil kira kejayaan Malaysia memenuhi enam kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Begitu pun, katanya, beberapa aktiviti perniagaan dan sosial kekal tidak beroperasi terutama membabitkan aktiviti yang bersifat perhimpunan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja di Bangunan Perdana Putra hari ini. (Gambar BERNAMA)

Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh WHO, kerajaan memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat.

“Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.

Berdasarkan perbincangan Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN)  dan Mesyuarat Jemaah Menteri, berikut adalah aktiviti yang dilarang beroperasi sepanjang PKPB:

1. Perniagaan & aktiviti bersifat perhimpunan

Aktiviti sosial seperti menonton wayang tidak dibenarkan. (Gambar NSTP/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK)

Perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.

Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan serta pameran.

2. Sukan

Sukan seperti bola sepak yang membabitkan perhimpunan dilarang beroperasi. (Gambar hiasan/ NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM)

Selain perniagaan, aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain yang risiko menyebabkan jangkitan tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan dalam bangunan (indoor) dan stadium.

Aktiviti sukan luar bangunan (outdoor) yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan, misalnya badminton atau tenis di luar tanpa penonton.

Joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

3. Majlis sosial

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri juga tidak dibenarkan dianjurkan. (Gambar hiasan/NSTP/AIZUDDIN SAAD

Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

4. Aktiviti keagamaan

Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

5. Perjalanan rentas sempadan negeri

Pergerakan perjalanan bagi satu hala bagi yang terkandas di kampung sahaja dibenarkan. (Gambar/NSTP/HALIM SALLEH)

Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

6. Institusi pendidikan

Sekolah dan IPT masih ditutup (Gambar hiasan/NSTP)

Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman sesawang MKN. Senarai ini akan disemak dari semasa ke semasa bergantung pada perkembangan kes jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Jep […]

Featured Wed, 20 Oct 2021

Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti. Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama […]

Featured Thu, 23 Sep 2021
Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Sedih melihat foto seorang kanak-kanak dipukul oleh majikannya hanya kerana dia keletihan. Kejamnya dunia!