Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 25, 2020 @ 3:32pm

Vokal Mania: Terkejut Dapat Masuk Final, Eranzz Lambert Bakal Buat Kejutan

Rookie Vokal Mania, Eranzz Lambert atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahdan, 33, akui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang finalis program terbabit.

Bakal bertarung dengan tiga lagi rookie iaitu Danial Chuer, Aisha Retno dan Alif Kadim, Eranzz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert & Alif Kadim Layak Ke Final

“Saya hilang kata-kata. Berjaya ke tahap separuh akhir pun saya sangat bersyukur dan terkejut, apatah lagi bila nama saya diumumkan berjaya tembus ke peringkat akhir, lagilah saya tak sangka.

“Sejujurnya, saya rasa tak percaya. Berbanding peserta lain yang bertarung di semi final, mereka mempunyai ramai pengikut di laman sosial berbanding saya yang masih baru.

“Saya berterima kasih kepada semua penonton yang mengundi dan memilih saya hingga berjaya melayakkan kaki ke peringkat akhir, Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Eranzz turut mendedahkan dia bakal membuat kejutan di pentas akhir Vokal Mania.

Saya mahu memberikan sesuatu yang seimbang dari segi nyanyian dan persembahan. Saya bersyukur penyampaian saya di peringkat separuh akhir mendapat pujian juri tetapi saya masih belum berpuas hati kerana banyak yang perlu saya perbaiki untuk persembahan akhir nanti.

“Insya-Allah, saya akan enjoy atas pentas dan akan membuat kejutan nanti, kena tengok nanti. Menang atau kalah, saya serahkan kepada rezeki, asalkan saya manfaatkan persembahan terbabit sebagai momen terakhir di Vokal Mania,” katanya lagi.

Selain bertarung sesame rookie, mereka juga akan berentap dengan idol, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo di pusingan battle.

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya pada Sabtu, 26 Disember 2020, jam 9 malam ini di TV3!

Undi rookie dan idol kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Allahyarhamah Adibah Noor Idola Sherry Alhadad Dalam Bidang Pengacaraan – “Dia Pecahkan Stigma Segelintir Pihak”

Allahyarhamah Adibah Noor seorang selebriti yang sangat serba boleh ☺️🥰 “Alhamdulillah, kerana beliau saya berada di sini” – Sherry Alhadad

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Dedikasi Untuk Kaum Hawa Yang Tak Pernah Putus Asa, Azharina Terima Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Azharina menjadi satu-satunya wakil dari industri seni yang menerima anugerah berkenaan.

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Trending Fri, 11 Jun 2021

“Dalam Pada Terluka, Dia Tidak Sedar Ada Seseorang….” – Achey Sembuh Dari Sakit

Selepas berjaya meraih 34 juta tontonan di YouTube dengan single Sakit yang dilancarkan tahun lalu, penyanyi dan pelawak Achey kini melancarkan pula lagu berjudul Sembuh. Menjadi kesinambungan lagu Sakit, lagu Sembuh yang juga hasil ciptaan […]

Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Hiburan Fri, 18 Apr 2025

“Ini Tuduhan Serius, Bukan Gosip!” – Marissa Dania ‘Sound’ Aazief Khalid

Marissa Dania nafi bercinta dengan Aslam sejak di bangku sekolah

error: Content is protected !!