Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 6:50pm

Insomniacks Rakam Semula Lagu Reminisensi

Sepanjang enam tahun terbabit dalam bidang muzik, band yang dianggotai empat anak muda yang dikenali sebagai Insomniacks ini sudah mampu tersenyum lebar dengan pencapaian diraih mereka.

Apatah lagi album EP berjudul Kepala Batu yang dilacarkan pada Julai tahun lalu mendapat sambutan baik peminat termasuklah dua lagu dalam album berkenaan iaitu Pulang dan Reminisensi.

Menariknya, kedua lagu itu mendapat ‘air play’ yang tinggi selain lagu Pulang menjadi juara Carta RIM selama 106 minggu. Disebabkan itu, Insomniacks yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan dua lagu itu dalam versi rakaman semula.

Selepas melancarkan lagu Pulang versi rakaman semula tiga bulan lalu, menyusul pula lagu Reminisensi (Reminagined) yang dilancarkan di semua platform muzik digital termasuk video lirik di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 15 Oktober ini.

Insomniacks yang anggotai oleh Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) selaku pemain bass; Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie) vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma; dan Gavin Wong (Gavin) dram optimis jika versi rakaman semula lagu ini dapat menarik perhatian pencinta muzik tanah air.

Malah, Iskandar yang mewakili Insomniacks berkata, lagu Reminisensi dipilih untuk versi rakaman semula kerana lagu itu cukup diminati peminat.

“Lagu Reminisensi ini antara lagu yang terdapat dalam album EP kami. Kami ambil keputusan untuk rakam semula lagu ini dengan versi yang berbeza. Genre lagu ini masih sama, Cuma dari segi ‘vibes’, dinamik dan emosi berbeza daripada rakaman sebelum ini.

“Mungkin ramai bertanya kenapa memilih single ini. Sebenarnya, ia juga atas perbincangan bersama syarikat rakaman dan mereka memang nak buat rakaman semula dua lagu iaitu Pulang dan Reminisensi. Selepas Pulang versi rakaman semula dilancarkan, sekarang lagu Reminisensi pula. Ini lagu yang memang mendapat sambutan daripada peminat sehingga sekarang,” katanya.

Menurut Iskandar, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Insomniacks itu mempunyai keunikan tersendiri kerana muzik yang dibawa menjadi identiti mereka.

“Keunikan lagu ini, kami punya muzik tersendiri sekaligus menjadi identiti Insomniacks. Kami tulis lagu ini pun mengikut ‘vibes’ kami. Dalam masa sama, ia menonjolkan muzik yang kami bawa. Dalam erti kata lain, lagu Reminisensi ini adalah jiwa kami.

“Lagu ini bercerita mengenai kenangan lama yang dilalui bersama pasangan. Ia mengimbau memori yang dilalui bersama. Kalau kami pula, ia lebih kepada hubungan persahabatan kami yang sudah terjalin sejak sekian lama,” katanya.

Insomniacks yang kesemuanya berusia 24 tahun ini juga adalah kawan baik. Maka, tidak hairanlah jika aliran muzik dan keserasian mereka dalam berkarya cukup ‘hidup’.

“Kami selesa mencipta dan tulis lagu sendiri. Kami seronok dapat berkarya bersama. Tapi, kami juga terbuka kalau ada mana-mana komposer yang mahu bekerjasama. Kami okay dan tidak ada masalah. Macam sebelum ini, kami pernah bekerjasama dengan Faizal Tahir.

“Apabila bersama Universal Music pula, mereka pun okay kalau lagu daripada kami. Sebab mereka tahu kami suka tulis lagu. Dalam masa sama, kami faham keperluan mereka untuk lagu-lagu yang lebih komersial. Jadi, tidak ada masalah mencuba, mana yang terbaik kami terima.

“Bagi semua karya yang pernah dihasilkan lirik adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan. Cuma, ada sedikit elemen fantasi supaya ia lebih menarik untuk disampaikan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Hiburan Tue, 27 May 2025

Mahkamah Sahkan Pernikahan Marissa & Aslam Di Thailand

Pernikahan Marissa Dania dan Aslam sah di sisi undang-undang

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Mon, 1 Sep 2025

Kota Ini Tak Sama Tanpamu Kolaborasi Istimewa Malaysia, Indonesia & Brunei

Nadhif Basalamah dari Indonesia, Aisha Retno dari Malaysia dan Aziz Harun dari Brunei, bergabung menghasilkan single terbaru berjudul “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”.

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

error: Content is protected !!