Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 19, 2022 @ 8:08pm

Berniqab Bukan ‘Penghalang’, Neelofa Syukur Ada Jenama Sudi Bekerjasama.. Terharu Ramai Lebih Terbuka

Umum sedia maklum, selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor merupakan ikon fesyen kerana sering menggayakan pelbagai busana, aksesori dan barangan jenama antarabangsa.

Neelofa, 33, bagaimanapun mengakui rasa terkejut dan terharu pada awalnya apabila masih ada jenama fesyen terkenal yang sudi bekerjasama dengannya, meskipun sudah berniqab.

Jelas Neelofa, dia berpegang teguh pada sebuah perhubungan kerjasama dan sambutan pengguna yang baik mampu membawa kepada satu kolaborasi yang berterusan.

“Terkejut juga bila ada jenama yang masih sudi untuk bekerjasama.

“Namun saya sendiri faham sekiranya ada jenama yang mungkin sedikit takut atau risau jika sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan atau kurang raih ‘engagement’ yang tinggi.

“Cuma mungkin bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan saya lebih tahu.

“Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial perihal item yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut dalam penglibatannya dalam industri seni hiburan, Neelofa meluahkan rasa syukur dan bangga apabila pihak produksi dan stesen televisyen boleh bersikap lebih terbuka.

“Sudah tentu saya rasa syukur dan berbangga pada masa sama sebab dalam sisi lain, ia juga satu ruang dakwah.

“Maksudnya mungkin yang melihat akan lebih tahu mengenai penampilan seorang wanita Muslimah.

“Malah saya lebih rasa tersentuh bila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Misalnya program Nona bulan lalu dan projek terbaru saya bersama media tempatan lain.

“Pihak mereka sangat berlapang dada untuk menerima kita yang berniqab atau berpurdah ini untuk tampil sebagai pengacara dan sebagainya. Bagi saya ia satu situasi yang baik,” katanya lagi.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jul 2021

Jom Semak! Bantuan BKC Sehingga RM 1,300 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19. Difahamkan, bantuan ini […]

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Hari Ini

Selamat Pengantin Baru Ilya & TWG. Semoga terus bahagia hingga ke Jannah. Insha Allah…

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Events Fri, 13 Jun 2025

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik.

Hiburan Fri, 15 Dec 2023
Featured Fri, 3 Dec 2021
error: Content is protected !!