Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 14, 2022 @ 1:14pm

“Dia Penyayang Dan Sabar Dengan Anak-Anak”- Shuib Dedah Kriteria Watie, Mohon Netizen Berhenti Sebar Fitnah!

Selepas mengaku mengenai hubungannya bersama wanita yang juga usahawan dikenali sebagai Watie, pelawak dan usahawan Shuib akhirnya menjelaskan mengenai foto mereka yang tular sebelum ini.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, dia tidak kisah sekiranya masyarakat mula mengetahui identiti sebenar wanita yang sedang dikenalinya itu.

“Pasal gambar tu, masa saya mula-mula upload memang saya tak perasan, sampailah ada yang tegur kata ada pantulan dekat cermin. Tapi takpelah dah kalau orang ternampak lagipun saya keluar dengan anak-anak saya dinner.

“Benda baik kan? Lagipun saya tak keluar berdua… Kami makan dan anak-anak saya happy jadi alhamdulillah,” katanya menerusi temu bual program Melodi TV3.

Dalam pada itu, Shuib berkongsi, dia dan Watie langsung tidak pernah keluar berdua tanpa ditemani anak-anak, keluarga dan juga mertuanya.

Malah, dia yang amat mementingkan kesihatan mental anaknya mengakui, mereka memerlukan susuk seorang wanita sebagai tempat untuk bermesra.

“Keluar berdua memang tak pernah. Tapi, memang selalu akan keluar dengan anak-anak, family dengan mertua saya.

“Lagipun, sebelum ni anak-anak dah berjumpa dia dan dah kenal dia. Alhamdulillah anak-anak selesa dan happy.

“Sekarang ni, saya amat mementingkan anak-anak punya mental helath. Keadaan mereka macam mana dan mereka memang memerlukan seseorang wanita. Jadi, ini adalah satu permulaan yang baik,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Spekulasi Terjawab, Shuib Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Watie – “Kalau Dia Boleh Jadi Jodoh Saya, Apa Salahnya?”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

ARTIKEL BERKAITAN:“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Ketika ditanya mengenai reaksi anaknya dan sejak bila berkenalan dengan Watie, Shuib menegaskan, sukar baginya untuk mendedahkan sejak bila dia mula mengenali Watie kerana anak-anak sentiasa menjadi keutamaan sekaligus menolak dakwaan kononnya mereka saling mengenali sejak 2019 ketika sama-sama bermain golf.

“Kalau cakap pasal reaksi, mereka semua okay dan happy. Ye lah… kita kalau benda yang datang tu baik apa kata kita raikan. Sebab, wallahualam kadang kita tak tahu kan mana satu yang okay.

“Soal bila kenal, saya tak boleh nak reveal berapa lama. Tapi memang tenagh berkawanlah sekarang ni. 

“Saya bila dah suka, saya akan pandang kepada anak-anak sebab dulu saya pernah cakap, kalau untuk jodoh saya akan fikir anak-anak dan keluarga. Lebih lagi mak saya kan? Jadi, alhamdulillah mak saya okay dan anak-anak saya pun okay.

“Tapi bila diaktakan berkawan sejak 2019 iaitu sejak arwah Sarah masih ada, saya menafikan sekeras-kerasnya. Video golf itu adalah pada tahun 2021 dan saya tak main golf lagi pada ketika itu.

“Janganlah sebarkan fitnah yang tak betul, kesian kat saya dan anak saya,” jelasnya.

Sementara itu, Shuib turut mendedahkan antara kriteria yang ada pada Watie yang membuatkan dirinya berkenan untuk menegnali wanita itu.

“Kriteria dia yang saya berkenan adalah, dia ni penyayang, pandai ambil hati anak-anak, sabar betul dengan budak-budak. Jadi benda tu lah yang mahal.

” Dan saya perlu cari orang yang sebegitu yang akan jaga anak-anak saya insyaAllah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lebih RM100,000 ‘Lesap’, Naim Daniel Kecewa Ditipu Kontraktor Rumah

Hanya selepas tiga tahun barulah rumah itu siap dibina, itu pun selepas ibu-bapa memutuskan untuk menukar kontraktor.

Hiburan Tue, 22 Jul 2025
Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Featured Tue, 7 Jan 2025

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja.

Featured Mon, 16 Sep 2024
Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Hiburan Mon, 11 Nov 2024
Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

error: Content is protected !!