Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 11, 2022 @ 5:04pm

Pilih Wanita Dari Kluang, Ejai Aziz (Azarra Band) Tinggalkan Status Duda

Komposer dan vokalis Azarra Band, Ejai Aziz menamatkan zaman duda selepas memilih Nursyahirah Azhar sebagai isterinya pada Jumaat.

Menurut Ejai atau nama penuhnya Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, dia yang menduda selama setahun menyifatkan perkahwinan kedua sebagai satu rezeki dalam kehidupan.

“Tidak semua orang dilimpahkan nikmat untuk bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya anggap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Kami baru saja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan,” katanya.

Semetara itu, pencipta lagu Kucu Kuca nyanyian Lia Aziz ini sempat berkongsi momen bahagia bergelar raja sehari.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022 bersamaan hari Jumaat lepas.

“Majlis persandingan pula berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor, semalam.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami dan juga untuk keluarga tercinta. Berbanyak terima kasih atas segala urusan kelancaran majlis buat kami,” beritahunya.

Sebelum ini, Ejai pernah mendirikan rumah tangga dan hasil perhubungan dengan isteri terdahulu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Hiburan Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

error: Content is protected !!