Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 21, 2022 @ 12:20pm

[VIDEO] Dikritik Gemuk Punca Dini Schatzmann Lari, Janna Nick Terus Bersenam! – “Kita Ni Jenis Cepat Kembang Kecut..”

Pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick, 27, berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang bersenam dalam sebuah bilik hotel di Ipoh, Perak.

Ia susulan sebuah komen yang ditulis oleh seorang individu mengkritik bentuk badan Janna berisi menjadi punca keretakan hubungan percintaannya bersama pelakon. Dini Schatzmann.

“Makin gemuk patut la jantan tu lari,” tulis inidvidu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Janna yang seakan terkesan dengan komen tersebut tidak terus melatah, malah lantas menunjukkan dirinya sedang bersenam dalam video berdurasi 21 saat.

“Everytime. Hmm kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap. Tapi tak apa.. Orang prihatin. So kita exercise la eh..

“Gemuk boleh kurus, tak ada masalah. Bagi saya satu minggi ok,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut dibanjiri kata-kata semangat dari rakan selebriti yang meminta Janna untuk tidak mengendahkan kritikan tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen turut memberi dorongan kepada pengacara program Famili Duo ini serta mempertahankannya dengan mengkritik individu tersebut semula.

 

Sebelum ini, kisah percintaan Janna bersama Dini hangat menjadi perbualan ramai selepas didakwa telah putus cinta.

Namun, selebriti ini kemudian melancarkan single baharu berjudul Mentari Setia dimana telah meraih perhatian ramai yang menganggap kisah sedih putus cintanya itu sekadar gimmick.

Artikel Berkaitan: “Kalau Orang Katakan Gimik, Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya” – Janna Nick Jawab Spekulasi Putus Cinta

Dalam perkembangan lain, Janna kini mengacarakan program Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua bermula 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Famili Duo: Dikatakan Selalu ‘Menyampuk’ Ketika Juri Beri Komen, Janna Nick Dedah Punca Sebenar – “Saya Terpaksa…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SYUKUR, SUAMI MAHU DALAMI ISLAM-LANA NODIN

Menerusi akaun instagram Lana, dia mengetahui hal tersebut selepas memeriksa telefon suaminya dan mendapati perbualan antara suaminya dengan seseorang yang boleh mengajar David mendalami ilmu agama.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Ahmad Dhani Mungkin Berdepan Hukuman Penjara, Apa Kata Mulan Jameela?

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dhani dijadualkan datang ke Kuala Lumpur untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari.

Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Featured Sun, 22 May 2022
Featured Tue, 4 Nov 2025

Sharifah Rose Nafi ‘Tolak’ Cinta Syafi Tee, Enggan Terlibat Cinta Lokasi – “Saya Nak Lelaki Yang Stabil”

“Saya rasa kalau boleh, biarlah lelaki tu dari luar bidang ni” – Sharifah Rose

error: Content is protected !!