Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2023 @ 2:16pm

Nurul Shuhada Sedia Bermadu & Hidup Berpoligami Jika Hafidz Bersikap Jujur – “Kalau Mahu Berkahwin Lain, Sebaiknya Ikut Sunnah Rasullullah”

Isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sedia bermadu sekiranya Hafidz bersikap jujur untuk mengamalkan kehidupan berpoligami.

Menurut Shuhada, 29, dia terbuka sekiranya Hafidz mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

“Jadi kalau caranya betul saya tiada masalah berpoligami. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah lagi berjumpa pihak ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik-tarik rambut atau maki hamun.

“Sebaliknya, pada fikiran saya lebih cenderung kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya rasa seperti ditipu,

“Bagi saya, sekiranya seseorang suami mahu berkahwin lain sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara yang dilarang atau boleh mendatangkan dosa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi ā€“ Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œTengok Jodoh Macam Manaā€¦ Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50ā€ ā€“ Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Tepis Spekulasi Kahwin Lain ā€“ ā€œInsya-Allah Jika Saya Bercerai Ni, Saya Singleā€

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada ibu kepada dua anak ini mahu memaafkan pihak ketiga iaitu, Athira Yuhada, Shuhada menjelaskan dia hanya manusia biasa.

Malah, menegaskan dia tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap bekas suaminya itu di atas apa yang berlaku.

“Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan.

“Apa yang saya harapkan ialah doa yang baik-baik daripada semua pihak. Mengenai Hafidz pula, saya tidak menyimpan apa-apa dendam. Bukan soal siapa menang atau kalah, apa yang saya perjuangkan adalah maruah diri dan anak-anak,” jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah hari ini menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes cerai pasangan berkenaan.

@xtra_my Saya cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang baik, tapi mungkin tidak menepati ciri Yang dia ingin kanā€ – Nurul Shuhada #fyp #xtramy #nurulshuhada #poligami #cerai #hafidzroshdi #sembangentertainment #beritaditiktok ā™¬ original sound – XTRA

 

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Perempuan DM Ayda Jebat Ajak ‘Couple’?

Ni tuntutan watak je lah…Ayda masih perempuan sejati.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Doa yang baik-baik semua…

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

Featured Wed, 14 Apr 2021

Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

Berikutan isu berita yang tular di media sosial, pihak polis hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa seseorang individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri perlu mengemukakan bukti jadual perjalanan dan aktiviti yang dilakukan. Pengarah Jabatan […]

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnyaā€¦.

Ingat! Jangan salah melabur okay…šŸ¤©

Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan šŸ˜Š

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Featured Fri, 10 Mar 2023

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai pasukan petugas khas untuk menyelesaikan skandal 1MDB.