Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 26, 2024 @ 12:05pm

Konsert Ed Sheeran Di SNBJ Berlangsung Meriah, Tapi Netizen Pula ‘Hentam’ Hans Issac – “Tak Sabar Nak Tengok Rumput Baru” 

Umum mengetahui penyanyi popular antarabangsa, Ed Sheeran telah membuat persembahan di konsert jelajah  jelajah + − = ÷ × di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lebih 55,000 peminat hadir bagi menonton penyanyi berusia 33 tahun itu beraksi dengan penuh memukau di pentas berpusing 360 darjah.

Turut tidak melepaskan peluang adalah personaliti terkenal, Datuk Hans Isaac yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hadir bagi menonton konsert tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hans memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan suasana ketika penyanyi itu mempersembhkan lagu hits, Photograph.

Di perkongsian tersebut, Hans hanya meletakkan emoji bendera Malaysia di ruangan kapsyen.

Namun disebalik perkongsian tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap muat naik Hans itu.

Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan penganjuran konsert tersebut di SNBJ, malah ada yang beranggapan Pengerusi PSM itu masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Manakan tidak, rata-ratanya risau dan tidak mahu lagi insiden kerosakan padang berulang seperti yang terjadi pada Konsert Coldplay tahun lalu.

Terdahulu, penganjuran konsert jelajah Ed Sheeran itu mendapat tentangan hebat daripada peminat fanatik bola sepak yang risau dengan kerosakan rumput di SNBJ.

Pada Sabtu, PSM dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengambil langkah awal apabila ‘memindahkan’ permukaan padang bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio bagi konsert tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

‘Jangan Bosan Dengan Kedatangan Saya Ke Sini’- Tulus

Saya akan membawakan rangkaian lagu popularnya seperti Gajah, Pamit, Sewindu, Monokrom dan banyak lagi dengan iringan 21 pemuzik.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Rapat Dengan Mak Mentua, Puteri Sarah Dedah Sering Kongsi Masalah Bersama

Pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya sangat akrab bersama ibu mentua, Datin Patimah Ismail. @kedahanfans Mak mentua rapat dengan Puteri Sarah #kedahanfans ♬ Sungguh Aku Mencintaimu – Ricky Rantung Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh […]

Trending Hari Ini Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Jangan sampai jatuh sakit ya?

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Sekuat Mana Pun Akan Lembut Bila Dilayan Dengan Kasih Sayang” – Fazura

Menurut Fazura lagi, wanita walau sekuat mana sekalipun akan menghargai lelaki yang memiliki sifat tenang, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
error: Content is protected !!