Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 28, 2025 @ 5:12pm

Sering Pertahan Fazura, DJ Sonic Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Kawan’

Penyampai radio dan pengacara terkenal, DJ Sonic menjelaskan, dia bukanlah mahu menumpang populariti rakan baiknya yang juga selebriti jelita, Nur Fazura apabila sering memuat naik hantaran bersikap pujian terhadap aktres itu.

Jelasnya, Fazura bukan sahaja rakan yang baik tetapi juga seorang kawan yang hebat. Namun, kenyataan sedemikian sering disalah anggap oleh segelintir pihak yang menganggap dirinya sebagai ‘terpaling’ tahu dalam segala hal.

“Saya tulis Fazura ni sangat baik, sangat cantik, Faz ni kawan yang hebat tapi orang yang tak suka akan komen akan kata ‘Terpaling Kawan’…  ‘Terpaling Tahu’, ‘Terpaling Puji’ dan juga ‘Tumpang Populariti…. begitulah!

“Apapun hanya saya yang tahu apa yang saya nak sampaikan. Di situlah kita tahu macam mana dengan hati masing-masing. Jadi orang baik semua okay,” katanya.

Sebelum ini, DJ Sonic berharap agar peminat sentiasa mendoakan pelantun lagu Luar Biasa itu dan anaknya, Nur Fatima Aisya agar dipertemukan dengan insan yang terbaik dunia dan di akhirat kelak.

“Doakan kita semua dipermudahkan urusan. Doakan Fatima dan Mommy ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat, Aamin,” jelasnya.

Mengulas lanjut, DJ Sonic turut berbangga melihat rakannya itu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang termasuklah bekerja tanpa henti untuk kebahagian Fatima.

“Selam hampir setahun ini, Faz besarkan Fatima dengan kasih sayang. Segalanya untuk Fatima.

“Faz kerja 24 jam, siang malam. Doakan jodoh Faz akan hadir juga tidak lama lagi,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Bukan Seperti 10 Bulan Lalu” – DJ Sonic Dedah Fazura Tak Akan Berdiam Diri Berdepan Buli Siber

ARTIKEL BERKAITAN:DJ Sonic Puji Keperibadian Fazura, Sentiasa Beri Nasihat Abaikan Kritikan Netizen – “Keluarga Dia Pun Tak Pernah Bagi Kenyataan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Ketepi Kerjaya Peguam, Sangeeta Tak Pernah Menyesal Jadi Pelakon

Pelakon utama Adiwiraku ini juga bakal berangkat ke New York untuk mengikuti kursus pendek tak lama lagi. Good luck Sangeeta!

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Susukan Anak Walaupun Sedang Bekerja, Peminat Puji Siti Nurhaliza

Sifat Siti Nurhaliza bukan sahaja harus dipuji oleh ramai pihak tetapi, harus dijadikan sebagai inspirasi buat ibu-ibu diluar sana. Betul tak?

Hiburan Tue, 25 Feb 2025

“Cukuplah Sederhana, Asal Sejiwa” – Erra Fazira Impikan Pengakhiran Rumah Tangga Yang Tenang

Erra Fazira impi perkahwinan terakhir yang membawa kepada kebahagiaan

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Rindu Anak Syurga” – Perkongsian Zaquan Adha Kenang Pemergian Anak Bongsu Bikin Netizen Sebak

Zaquan memuat naik video menyayat hati memaparkan perjalanan hidup anaknya itu  bermula daripada detik kelahiran sehingga ke saat-saat akhir pemergiannya.

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Trending Sun, 16 Aug 2020
error: Content is protected !!