Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 18, 2025 @ 11:21am

Poster Duyung: Legenda Aurora Sekadar Gimik, Razak Mohaideen Perjelas Strategi Promosi Filem

Pengarah filem Duyung: Legenda Aurora, Prof Madya Datuk Dr A. Razak Mohaideen, 60, menjelaskan, poster filem berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran bagi menarik perhatian penonton tempatan.

Menurut Razak, pendekatan itu digunakan bagi memastikan filem tersebut mendapat pendedahan meluas serta mencetuskan perbualan dalam kalangan masyarakat sebelum poster sebenar dengan rekaan grafik lebih kemas dan berkualiti diperkenalkan.

“Poster itu memang gimik. Kita mahukan penonton lebih ‘alert’.

“Kita mahu rakyat Malaysia menonton dan kita nak orang ramai bercakap mengenai filem ini.

“Jadi, kni adalah sebahagian daripada gimik. Bad news is good news.

“Bila kita buat poster begitu, yang nak puji memang satu dua orang saja. Yang nak kecam memang ramai.

“Biar mereka tengok, kita buat ‘reverse’ psikologi pula,” katanya.

Razak berkongsi perkara demikian ketika sesi sidang media filem tersebut yang diadakan di GSC, Lalaport, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak terhadap poster tersebut, Razak menegaskan, dia mengambil perkara itu secara terbuka dan profesional selain memahami peranan setiap jabatan dalam sesebuah produksi.

“Sebagai pengarah, tanggungjawab saya adalah menghasilkan filem. Bagi aspek promosi dan poster, ia diuruskan oleh pasukan pemasaran,” jelasnya.

Selain itu, Razak menyifatkan perkara sedemikian adalah amalan biasa dalam industri perfileman antarabangsa.

“Di Hollywood dan Bollywood juga sama.

“Setiap produksi mempunyai pasukan pemasaran yang merancang strategi tersendiri.

“Mereka yang memahami industri ini akan faham bagaimana proses tersebut berjalan,” ujarnya.

Sekadar info, Duyung: Legenda Aurora merupakan sekuel kepada filem Duyung yang pernah mencatat kutipan pecah panggung pada 2008, dan kini kembali dengan penceritaan lebih moden serta sentuhan visual yang lebih segar dan menarik.

Filem komedi fantasi ini diterbitkan oleh KRU Studios bersama 8 Bit Studio, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai rakan pemasaran rasmi.

Dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 25 Disember ini, filem berkenaan menggabungkan barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Yahya.

Selain itu, naskhah ini turut diperkukuhkan dengan kehadiran pelakon generasi baharu termasuk Anna Jobling, Yusry KRU, Kumpulan pelawak Zero yang dianggotai Syaiful, Sharif dan Atu selain penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie sekali gus memberi nafas baharu kepada jalan ceritanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Fazura mengakui tidak bahagia dan sengsara, gagal tahan air mata terkilan Fattah berlaku curang

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

「金嗓天后」蔡琴明年2月15日槟城首唱!

曾来马举办过无数次演唱会的蔡琴,这回首次到「大马东方之珠」槟城开唱,邀请知音们共赴一场《风华绝代》的经典之夜。

Featured Wed, 11 Jan 2023
Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Thu, 24 Feb 2022

“Saya Sendiri Tak Tanya Bila Neelofa Nak Kongsi Wajah Bilal” – Datin Noor Kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 56, menyerahkan keputusan kepada anaknya, selebriti popular Neelofa untuk berkongsi foto wajah cucunya, Muhammad Bilal kepada orang ramai. Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit […]

Trending Wed, 13 Jan 2021
Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

error: Content is protected !!