Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 14, 2026 @ 2:31pm

Yusof Haslam Sifatkan Filem ‘The Voice Of Hind Rajab’ Bukti Kekejaman Tanpa Batasan 

“Apa yang dipaparkan bukan sekadar cerita. Ia satu kesedaran.

Demikian respons penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam apabila menyifatkan filem The Voice of Hind Rajab sebagai satu gambaran kekejaman tanpa batas yang meragut nilai kemanusiaan, sebaik melangkah keluar dari pawagam selepas menonton karya berkenaan.

Menurut beliau, filem tersebut bukan sekadar sebuah naskhah untuk tontonan umum, sebaliknya membawa mesej kemanusiaan yang mendalam serta mengajak penonton untuk lebih peka terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Apa yang dipaparkan bukan sekadar cerita. Ia satu kesedaran. Apa yang boleh kita sokong, kita bantu rakyat Palestin melalui apa sahaja bantuan yang kita mampu,” katanya.

Mengangkat kisah benar Hind Rajab, filem ini membawa penonton menyelami detik-detik cemas yang sebelum ini hanya dilihat secara sepintas lalu di media sosial.

Namun, pengalaman tersebut disampaikan dengan pendekatan lebih dekat dan peribadi menerusi penggunaan rakaman suara asal, sekali gus menjadikan pengalaman menonton lebih emosional dan menyentuh perasaan.

Keberanian pendekatan itu turut mendapat pujian daripada pengarah terkenal, Usamah Zaid, yang menyifatkan usaha pasukan produksi sebagai satu pencapaian besar.

“Saya sendiri tidak dapat membayangkan jika saya diberi amanah untuk menghasilkan filem seperti ini. Ia memerlukan kehalusan, sensitiviti dan keberanian yang tinggi. Saya sangat menghormati semua yang terlibat di belakang tabir,” jelasnya.

Manakala, menerut pelakon Zahiril Adzim pula, filem ini berjaya meletakkan penonton seolah-olah berada di tengah-tengah situasi kecemasan sebenar.

“Kita sudah biasa melihat pengeboman dan kemusnahan di media sosial, tetapi filem ini membuatkan kita benar-benar ‘duduk’ dalam keadaan itu. Rasa cemas dan tidak berdaya sangat kuat,” ujarnya.

Pandangan sama turut dikongsi pelakon Shera Aiyob yang mengakui terkesan dengan ketabahan seorang ibu dalam menghadapi saat paling menyayat hati.

“Saya sangat kagum dengan ketenangan ibu kepada Hind Rajab yang masih mampu memberi kata-kata positif walaupun berada dalam situasi yang amat mencemaskan. Ia antara momen paling menyentuh hati,” katanya.

Sementara itu, pempengaruh media sosial, Nyna Bukater mengakui pengalaman menonton filem ini jauh lebih mendalam berbanding sekadar mengetahui kisahnya di media sosial.

“Saya pernah mengupas kisah Hind Rajab sebelum ini, tetapi apabila mendengar sendiri suara daripada rakaman asal, saya tidak mampu menahan emosi. Ia benar-benar meruntun perasaan,” katanya sambil menambah filem ini menguatkan lagi semangatnya untuk terus menjadi suara kepada mereka yang tidak didengari.

The Voice of Hind Rajab bukan sekadar sebuah filem, tetapi ia membuktikan bahawa suara kecil itu mampu menggoncang jiwa  sekali gus menyeru nilai-nilai kemanusiaan dan mengangkat nilai empati, tanggungjawab dan keberanian untuk tidak lagi berpaling daripada realiti yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

ARTIKEL BERKAITAN:Filem The Voice of Hind Rajab: Suara Kecil Dari Hujung Talian Yang Meruntun Jiwa

ARTIKEL BERKAITAN:Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan: Mengapa ‘The Voice of Hind Rajab’ Menggoncang Dunia Perfileman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Hiburan Thu, 7 Feb 2019
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru […]

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
error: Content is protected !!