Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 12:40pm

“Solat Awal Waktu, Tak Henti Bertaubat Minta Keampunan Daripada Allah SWT” – Adik Dedah Perubahan Besar Da’i Syed Selepas Peristiwa Ogos 2024

Adik kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed, mendedahkan perubahan ketara dalam karakter abangnya selepas peristiwa yang berlaku pada Ogos 2024.

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal Jamalulleil atau lebih dikenali sebagai Syed Iqbal berkongsi pemerhatiannya terhadap sikap abangnya yang disifatkan semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, selain lebih bertanggungjawab dalam peranan sebagai anak, abang, bapa dan suami.

“Selepas peristiwa Ogos 2024, karakter abang aku sangat berlainan. Dia jadi seorang anak, abang, bapa dan suami yang sangat baik.

“Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik dan tak suka bercakap keburukan orang.

“Mengingatkan orang tentang Allah dan suka jamu orang makan. Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah SWT.,” katanya.

Menurut Iqbal, perkongsiannya itu tiada sebarang niat untuk mempertahankan abangnya atau meminta simpati orang ramai.

“Aku tak menyebelahi dia, bukan juga menunggang agama untuk dapatkan simpati. Selama ini aku tak pernah kongsi tentang dia, tapi ini realiti. Tentang taubat sampai aku sendiri rasa ‘insecure’ melihat dia yang semakin soleh.

“Walaupun nasib tak berpihak kepada dia hari ini, tak lekang di bibirnya menyebut hikmah Allah,” luahnya.

Iqbal turut berkongsi detik terakhir bersama abangnya sebelum berpisah, apabila Da’i Syed berpesan kepada ibu mereka agar menganggap dirinya seperti masuk ke pondok pengajian, selain meminta tasbih untuk berzikir.

“Dia senyum tunjuk kuat depan kami, tapi hati hanya Allah yang tahu,” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Terdahulu, pada 10 Disember 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019. Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Bagaimanapun, pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Terima Dugaan, Kurang Tawaran Kerja Tapi Tetap Bersyukur

Artikel Berkaitan: Hana Ismail Ambil Keputusan Besar, Rehat Panjang Dari Dunia Pengacaraan Demi Keluarga – “Da’i Syed Nasihat Supaya Saya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 May 2023

Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

fuh lain macam lah acara muzik serantau ni

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.   […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi […]

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022
error: Content is protected !!