Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2026 @ 11:57am

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Selepas sepupunya yang juga pelakon Datin Nelydia Senrose tampil mengulas mengenai hantaran yang dibuatnya berkenaan zuriat, pelakon Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

Katanya menerusi hantaran di Threads, kisah-kisah yang dikongsikan oleh warganet membuatkannya lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki ketika ini.

Selain, menitipkan kata-kata semangat buat pasangan yang sedang melalui perjalanan mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive’ (TTC).

“Baca kisah kau orang lagi membuatkan saya rasa saa kena bersyukur. I am okay guys no worries,” katanya.

Artikel Berkaitan:Nelydia Senrose Ulas Kenyataan Aprena Manrose Mengenai Zuriat – “Saya Sentiasa Doakan Untuk Dia & Semua Yang Menantikan Cahaya Mata”

Artikel Berkaitan:Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Artikel Berkaitan:“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Mengulas lanjut, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, sempat berseloroh bahawa dirinya kini tidak mempunyai pasangan, sekali gus menjelaskan kedudukannya dalam isu zuriat.

Jelasnya, dia tetap akan memberikan sokongan penuh kepada mereka yang masih berusaha mendapatkan cahaya mata, malah menghargai ketabahan yang ditunjukkan para pejuang garis biru itu.

“Sebab saya tak ada suami sekarang, kalau nak anak kena cari suami baru dulu.

“Jadi yang mana masih TTC (Trying to conceive) tu, terima kasih kerana masih bertahan dan teruskan usaha okay? Saya di belakang anda,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aprena mengakui setiap usaha yang dilakukan tidak pernah sia-sia dan berharap semua yang mengimpikan kehadiran zuriat akan dikurniakan rezeki suatu hari nanti.

“Allah tidak akan sia-siakan usaha anda. Keep doa, saya juga akan doakan anda semua. Aamiin.

“Tapi kalau dah ada good news tolong lah kongsi,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Marah Dengan Bekas Suami, Lihat Apa Yang Angelina Jolie Buat…

Memiliki enam orang anak iaitu  Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox and Vivienne, perbalahan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie terus mendapat liputan media antarabangsa sehingga kini.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Naim Daniel Dapatkan Sentuhan Man Kidal Dalam ‘Sembah’

Naim sentiasa persembahkan yang terbaik buat peminatnya.

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

Suami yang juga pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen terakhir bersama isterinya, Allahyrham Siti Sarah dengan membuat panggilan video untuk terakhir kalinya ketika Siti Sarah 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor […]

Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!