Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas August 17, 2019 @ 8:48pm

Nama Tak Tercalon, Apa Komen Ayda Jebat?

Meskipun nama ‘tercicir’ dalam senarai Top 5!Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32), penyanyi Ayda Jebat masih positif dan tidak berkecil hati.

Menganggap bukan  rezekinya tahun ini, Ayda berkata, dia akan tetap memberikan sepenuh sokongan terhadap acara gilang-gemilang itu serta mana-mana majlis penganugerahan.

“Ini semua adat pertandingan. Saya anggap tiada rezeki dan akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran ABPBH32.

“Lagipun, prinsip saya bukan mahu kejar trofi tetapi ,mendapatkan karya berkualiti bagi menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakon. Itu lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ayda, sebagai anak seni anugerah bukanlah ukuran untuk terus kekal dalam industri hiburan tanah air.

“Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu merencana perjalanan kerjayanya.

“Anugerah bukan tiket untuk berada dalam bidang ini selama-lamanya. Saya pernah menang anugerah tetapi masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah terbaik serta lagu mesra telinga bagi menambat hati peminat.

“Apapun, tahniah diucapkan kepada semua selebriti yang tercalon dalam Top 5 ABPBH32,” katanya.

ABPBH 32 akan dipancarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

Events Sat, 29 Feb 2020

[VIDEO] Bukti Setia Kawan Sejati, Afgan Muncul Di Konsert BCL?

Kemunculan BCL pada konsert pertama beliau semalam yang bertempat di Friday Fusion, SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat nyata memberi kejutan dan sambutan yang hangat oleh peminat beliau sebagai tanda sokongan mereka kepada […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Tue, 1 Jun 2021

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun. Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Fri, 7 Mar 2025
error: Content is protected !!