Acara By: Padin June 15, 2023 @ 7:01pm

2 Juta Kalimah Allah Catat Rekod Baharu MBOR

Hasil kreatif pelajar dan tenaga pengajar menulis dua juta kalimah Allah pada 218 kertas lukisan, Madrasah An-Nuur (MAN), Tangkak mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut Pengasas dan pengetua Madrasah An-Nuur (MAN), Noor Effendi Hamid, projek dikenali Kembara Dua Juta Kalimah Allah itu disiapkan dalam tempoh sembilan hari dan menggunakan kertas lukisan dengan panjang berukuran 177 meter dan 0.58 meter lebar.

“Sebenarnya, ini merupakan kejayaan kedua selepas kita mencipta rekod sulung di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 2015. Sebelum ini, kita hasilkan 1.3 juta tulisan kalimah Allah dan kini lebih lagi iaitu sebanyak dua juta.

“Projek ini ditaja oleh syarikat Xfox Market Sdn Bhd. Apa yang istimewanya ialah tulisan kalimah itu dihasilkan dengan warna yang dicampur dengan air zam zam dan ditulis oleh pelajar serta guru dalam keadaan berwuduk sambil mereka mendengar alunan zikir,” katanya.

Seramai 77 pelajar lelaki juga 56 perempuan terbabit dalam projek ini bersama tenaga pengajar mereka.

Lebih istimewa apabila Sahibus Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad turut sama menulis kalimah yang ke dua juta.

“Secara puratanya, setiap pelajar dan tenaga pengajar menulis 15,000 kalimah Allah. Setiap helai kertas lukisan pula mempunyai sekurang-kurangnya 9,500 kalimah Allah.

“Selain mencipta rekod dalam MBOR, tujuan kita menjalankan projek ini adalah untuk menzahirkan ketegasan dalam isu penggunaan Allah dalam sudut berbeza tanpa ada sentimen politik.

“Syukur Alhamdulillah, projek itu berjaya hasil kerjasama semua yang terbabit malah ia mendapat sambutan apabila 15 keping terjual pada hari penganugerahan sijil oleh MBOR,” tambahnya.

Menjana pendapatan menerusi jualan lukisan tanpa berharap dengan derma, hasil kutipan pembelian digunakan untuk pembangunan MAN.

“Pembeli terdiri daripada orang perseorangan, bapa pelajar dan syarikat korporat. Baru-baru ini pun, kita ada terima lawatan daripada usahawan Arab Saudi yang menyatakan hasrat membeli lebih kurang 20 keping kertas lukisan untuk dijual di Riyadh.

“Setiap helai kertas lukisan lengkap dengan nombor siri MBOR dijual dengan harga bermula RM2,000 dan kita sasarkan jualan sebanyak RM436,000.

“Hasil jualan nanti akan digunakan untuk pembangunan madrasah dan ia salah satu cara kita bagi menjana pendapatan tanpa meminta derma,” katanya.

Sebelum ini, MAN baru sahaja mengadakan majlis istiadat konvokesyen yang menampilkan tema yang unik dan tersendiri dalam meraikan pelajar mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 May 2020
Acara Wed, 26 Feb 2020
Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Acara Sun, 3 May 2020
Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

Acara Mon, 4 Mar 2019