Acara By: Padin October 21, 2023 @ 4:29pm

Berlangsung Sukses! The Baling Magnificient 100 Tarik 1,000 Penyertaan

Lebih 1,000 peserta memeriahkan acara laluan denai, The Baling Magnificient 100 (TMB100) yang julung kali diadakan.

Ia berjaya menarik penyertaan peserta luar negara melebihi 100 orang dari negara German, Belgium, Sweden, Philipine, Jepun, Korea, Thailand dan hampir 80 peratus peserta daripada luar negeri Kedah.
 
TMB100 yang dianjurkan oleh Tourism Kedah bersama Kerajaan Negeri Kedah, Ten Senses (M) Sdn, Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni Budaya bertujuan untuk mempromosikan Baling sebagai salah satu destinasi eco pelancongan yang kaya dengan lokasi yang masih belum diterokai.

Antaranya ialah Gua Sireh, kaki Gunung Baling, tepian Sungai Ketil , Lubuk Pedati , Lata Baling yang menyajikan pemandangan terlalu mempesona dan mengujakan.


 
Menurut Exco Pelancongan,Kebudayaan dan Keusahawan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin, TMB100 diperkenalkan sebagai pemangkin permulaan mengikut Roadmap Pelancongan Negeri Kedah dank e arah Blueprint Pelancongan 2035 dengan menjadikan daerah Baling sebuah daerah eco pelancongan Kedah untuk  mempromosikan sector eco pelancongan negeri Kedah dikalangan pelancong luar dan dalam negeri.
 
Tambah Mohd Salleh, acara sukan pelancongan seperti ini sekaligus dapat memberi impak ekonomi yang baik kepada penduduk setempat dan sektor berkaitan seperti hotel, inap desa pengangkutan serta logistik, produk-produk hiliran kerana peserta bukan sahaja hadir ke acara ini untuk berlari tetapi turut singgah ke lokasi lokasi makanan dan destinasi pelancongan di Baling,malah ramai yang turut membawa ahli keluarga.
 
Daerah Baling secara keseluruhan mempunyai 17 buah yang mempunyai nilai khazanah alam dan warisan sejarah yang bakal dikomersialkan untuk tarikan pelancongan  dan untuk edisi pertama TMB100 kami memlilih melalui jajaran denai empat gua iaitu Gua Sireh, Gua Landak, Gua Air dan Gua Badak.
 
Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu 100 kilometer (km), 50 km, 25 km dan juga 10 km. Setiap laluan yang di rentasi pasti memberi pengalaman berharga kepada setiap peserta.

Rata-rata peserta teruja dengan laluan yang dilalui seperti pemandangan gunung awan karpet, keindahan stalagmite dan stalagtit gua, keindahan air terjun, merentasi sungai, laluan sawah padi menghijau, suasana perkampungan yang nyaman walau terpaksa mengharungi pelbagai halangan.

Cabaran seperti berlari sepanjang malam merentasi hutan reakresi, melakukan beberpa pendakian yang curam, meredahi hujan lebat sepanjang malam, laluan berselut dan becak sepanjang menamatkan larian membuatkan ramai teruja.
 
Menurut Henry Joe Cotillon, 30, peserta dari Philipina kategori 100km lelaki terbuka, ini adalah penyertaan pertama kali di Malaysia dan mengakui walaupun trek TMB100 agak mencabar dan sukar tetapi ia adalah satu pengalaman indah dan berharga  apabila melalui trek trek yang cantik dan paling terpesona dengan kecantikan stalactite stalagmite Gua Gendang.


 
Henry juga turut meluaskan rasa seronok dan sangat berpuas hati dengan pihak penganjur dan layanan crew yang sangat baik sewaktu di “checkpoint” serta menerima sorakan semangat dari penonton di trek trek larian.
 
 Peserta Sweden, Jenny Holloway pemenang tempat pertama acara 50km, memberitahu ini adalah acara larian yang ke empat di Malaysia.

Sebelum ini beliau telah menyertai beberapa larian denai di Pahang, Johor dan beliau teruja dengan pemandangan indah dan pelbagai lanskap yang memukau mata yang terdapat pada TMB100.
 
Bagi Mohammad Affandi Nudin, pemenang tempat kedua kategori lelaki terbuka yang berasal daripada Sarawak memberitahu dia mungkin tidak akan sampai ke Baling jika tidak menyertai TMB100 dan dia sendiri terpukau dengan pemandangan yang mengasyikkan sepanjang larian.
 
Melihat kepada sambutan penyertaan edisi pertama, Tourism Kedah optimis dengan mensasarkan 3,000 penyertaan pada edisi kedua tahun hadapan yang akan diadakan pada bulan oktober 2024 dan mensasarkan 10,000 penyertaan dalam masa lima tahun.
 
Setiap peserta yang menyertai TMB100 menerima t-shirt acara, t-shirt penamat kepada yang berjaya sampai ke garisan penat mengikut masa ditetapkan, medal acara, sijil penyertaan juga kutipan mata untuk terpilih mewakili Malaysia ke acara larian denai di peringkat antarabangsa seperti Ultra Trail du Mont Blanc.
 
Antara keistimewaan lain TMB100, peserta juga turut dihidangkan dengan hidangan istimewa daerah Baling  selepas selasai larian iaitu menu nasi putih bersama gulai daging batang pisang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 19 Jan 2018

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama. 

Acara Mon, 31 Jul 2023
Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Acara Fri, 31 May 2019

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Petugas Silka Cheras beramal dengan cara tersendiri!

Acara Wed, 26 Feb 2020
Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Fri, 25 Oct 2019

Partners in Parenting: Inisiatif bantu ibu bapa muda jaga anak

Tollyjoy, PPAS, dan Orphancare bekerjasama hasilkan platform pendidikan untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak