Drama By: Afiqah Azizan April 6, 2023 @ 10:30am

Di Sebalik Watak: Aya Amiruddin Sebagai ‘Pontianak 100KG’

Membawa watak entiti paranormal sememangnya merupakan pengalaman yang unik. Apatah lagi apabila rupa paras entiti tersebut tidak seperti ciri-ciri yang menurut ‘norma.’ Begitulah situasinya dengan watak yang dibawa oleh Aya Amiruddin sebagai pontianak yang gempal dalam filem original Tonton terbaharu yang berjudul ‘Pontianak 100KG.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Dia mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan. Seleranya juga amat besar. Habis semua makanan dijamahnya. Perkara ini amat merunsingkan buat penduduk kampung.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membanteras masalah ini, tiada yang berkesan. Pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung itu.

Aya melihat watak yang ditawarkan untuk menjadi pontianak ini sebagai satu peluang menarik. “Aya membesar dengan menonton Kak Maya Karin jadi pontianak cantik. Jadi bila dapat tawaran ni, Aya fikir dapat jadi pontianak comel pun jadi lah,” katanya sambil ketawa.

Tentunya memainkan watak pontianak ini mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi Aya, cabaran yang terbesar baginya adalah babak-babak di mana pontianak itu perlu terbang. “Tu paling mencabar dan paling seronok sebenarnya,” ujarnya. Tambahnya lagi, “Memang art berat lah kalau korang tengok. Boleh mencabar minda orang semua.”

Sesi penggambaran siri ini juga penuh dengan pelbagai detik menarik. Antara yang menonjol bagi Aya adalah “…apabila semua orang kampung rata-rata turun padang setiap kali shooting. Siap bagi semangat ye. Rasa macam buat theater kadang-kadang,” katanya penuh riang. Aya juga meluahkan kegembiraan dapat bekerja dengan pasukan dan kru yang menyeronokkan.

Antara ciri yang paling ketara tentang lakonan Aya sebagai pontianak ini adalah gelak tawanya. Ia sejenis gelak tawa yang amat power. Menyentuh tentang keupayaannya untuk gelak sedemikian, Aya berkata, “ Mana yang kenal Aya, memang tahu Aya punya gelak ni dipanggil ‘virus’. Tapi untuk Pontianak 100KG, Aya improvise sikit gelak tu khas untuk watak ni.”

Mengenai pendapatnya tentang mengapa drama ini wajib ditonton, Aya menjawab, “Tak perlu bagi pendapat banyak-banyak – cukup sekadar sebab Aya dalam tu. Jadi wajib kena tengok,” katanya sambil tertawa. Aya juga melontarkan soalan ini: “Korang pernah ke tengok pontianak punya berat macam ni? Tak pernah kan?” Jadi katanya, “Kena tengok!”

Cerita Apa? ‘Pontianak 100KG’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 18 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bunga, Aku Tunggu’

Obsesi bukanlah perkara yang sihat.

Drama Wed, 31 May 2023
Drama Tue, 21 Apr 2020

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Duduk di rumah sambil tengok rancangan menarik sepanjang Ramadan ini!

Drama Mon, 23 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Drama Fri, 16 Oct 2020
Drama Fri, 20 Jan 2023
Drama Thu, 12 Jan 2023

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Drama Tue, 16 May 2023