Eat Travel By: tex_admin October 12, 2018 @ 12:53pm

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Penulis rasa tertarik sangat nak kongsikan resepi kek karamel pelangi ini kepada anda. Ini kerana, kek ini lain daripada yang lain! 

Kalau anda nak tahu, kek karamel pelangi ini adalah gabungan pencuci mulut puding karamel dan juga kek span yang sangat lembut.

Yang pasti, rasanya sangat sedap! Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain mengikut citarasa anda.

Cara membuatnya pun tidaklah terlalu susah, tapi hasilnya memang memuaskan dan sedap! Jom kita tengok cara-caranya.

1. Karamel

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar gula

Cara penyediaan:

1. Masukkan gula ke dalam pan di atas api yang sederhana. Biarkan sehingga ia cair. 

2. Tuangkan gula tersebut ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Puding

Bahan-bahan:

  • 400 ml susu segar
  • 6 sudu besar gula
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan:

1. Tuangkan susu segar dan gula ke dalam pan tadi. Kacau dan biarkan seketika.

2. Sementara itu, pukul telur bersama esen vanilla di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, campurkan susu segar tadi ke dalamnya. Kacau sehingga sebati. 

3. Tuangkan campuran ke dalam loyang yang berisi gula cair tadi. Gunakan penapis. Ketepikan. (Rujuk video)

3. Kek Karemel Pelangi

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
  • 80 gram gula
  • 5 biji kuning telur
  • 40 ml minyak jagung
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • Pewarna makanan

Caranya

1. Gunakan mixer dan pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga kembang. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang lagi. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan kuning telur, gula, minyak jagung, susu segar dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan pukul sehingga sebati. Masukkan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.

4. Setelah itu, bahagikan kepada 3 mangkuk untuk dicampurkan dengan 3 warna makanan ikut kesukaan anda. (Rujuk video)

5. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang berisi puding tadi. Selang-selikan warna adunan. (Rujuk video)

6. Kemudian, letakkan loyang di dalam kuali yang besar berisi air mendidih. Masak selama 50 minit.

7. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 23 Sep 2018

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Vegan, maknanya tiada ramuan tenusu tapi masih sedap dimakan!

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Eat Travel Sat, 13 Oct 2018
Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Thu, 14 Mar 2019

7 jenis makanan yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

Ketahui juga cara hidangannya untuk anak anda makan.

Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.