Categories: Eat Travel

Ini Cara Nak Masak Itik Sour Plum Yang Sedap

Hidangan berunsurkan itik ini biasanya disalai, masak rendang ataupun masak cili padi. Tapi, anda pernah tak rasa hidangan itik sour plum

Mesti tak pernah rasa kan? Penulis tertarik nak kongsikan resepi itik sour plum ini kerana cara memasaknya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Jadi, jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan

Daging itik, dipotong kecil

1 botol sos sour plum

150 gram halia

80 gram bawang merah

50 gram bawang putih

3 asam keping

5 sudu besar kicap cair

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

2 sudu kecil kicap pekat

Cara membuatnya:

1. Tumis halia di dalam kuali selama beberapa minit.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan itik dan kacaukan.

4. Tambahkan sos sour plum, kicap cair dan kicap pekat. Kacau rata.

5. Masukkan air sehingga itik tenggelam. Kemudian, masukkan asam keping dan biarkan mendidih.

6. Tutup kuali. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan selama 30 hingga 40 minit sehingga itik lembut dan kuahnya menjadi pekat. 

7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

8. Biarkan selama beberapa jam sebelum dihidang bersama nasi panas.

Pastikan daging itik anda betul-betul lembut ya! 

Selamat mencuba!

Sumber: Jelita

tex_admin