Eat Travel By: Ad Ops May 11, 2018 @ 12:00pm

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Peminat-peminat coklat mesti suka makan molten lava cake. Ia macam chocolate cake tapi yang menariknya adalah bahagian tengahnya yang lembut dan cair.

Bila makan, memang nikmat. Fuhhh, meleleh air liur bila memikirkannya!

Untuk mendapatkan “lava” coklat di tengahnya, banyak resipi memerlukan anda untuk jangan terlebih masak kek tersebut supaya adunan kek di bahagian tengah itu sedikit mentah.

Hmm… kan lagi bagus kalau bahagian tengah itu memang betul-betul coklat?

Di sini ada resipi ringkas yang gunakan block chocolate, jadi bila ia dimasak, ia akan berbentuk cair meleleh dan sedap dimakan. Sampai menjilat mangkuk!

Resipi ini juga tersangatlah mudah; orang yang tak biasa memasak atau membuat kek pun gerenti boleh berjaya.

Anda tak ada ketuhar? Tak ada hand mixer? No problem! Resipi ini memang khas untuk anda kerana anda memerlukan microwave oven saja. Lepas itu, gaul dengan tangan pun boleh.

Jom cuba!

Bahan-bahannya:

80 gram dark chocolate

80 gram mentega

1 biji telur besar

1/2 sudu teh ekstrak vanila

30 gram tepung serbaguna

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh serbuk penaik

30 gram gula

  • Beberapa kepingan milk chocolate

Cara-caranya:

1. Masukkan kepingan dark chocolate dan mentega ke dalam mangkuk dan panaskan di dalam microwave dengan kepanasan medium selama seminit. Kemudian kacau hingga sebati.

2. Masukkan telur dan vanila ke dalam sebuah mangkuk dan kacau. 

3. Tapiskan tepung serbaguna, garam dan serbuk penaik ke dalam campuran telur tadi. Masukkan gula dan kacau hingga rata. 

4. Masukkan adunan coklat dan mentega ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit sambil mengacaunya. Kacau hingga sebati.

5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kecil atau cawan mug lebar. Letakkan 4 keping coklat susu di bahagian tengahnya dan benamkan. Pastikan adunan coklat di dalam mangkuk itu melitupinya.

6. Panaskan di dalam microwave dengan kepanasan tinggi selama seminit. Dah siap!

7. Kalau anda perlukan pertolongan visual, jom tengok video di bawah ini.

Hari Ibu jatuh pada hari Ahad ini, jadi apa kata anda beri kejutan istimewa kepada ibu tersayang anda?

Sumber: Whisk n Fold 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Eat Travel Thu, 25 Jul 2019
Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Eat Travel Thu, 29 Nov 2018

Tidak Perlu Ke Greece, Kini Anda Boleh Nikmati Pengalaman Santorini Di Thailand

Seni bina bangunan termasuk penggunaan warna putih dan biru, membuatkan pengunjung terasa bagaikan di Santorini, Greece.

Eat Travel Sat, 28 Jul 2018

Tak Susah Nak Buat Kek Alphabet Red Velvet Ini. Memang Sedap!

Nak buat kek Alphabet Red Velvet ini memang menguji tahap kreativiti anda.