Eat Travel By: tex_admin September 16, 2018 @ 12:00pm

Ketahui Cara Nak Bancuh Tepung Untuk Hasilkan Gorengan Rangup. Jangan Tersalah Tepung!

Biasanya, hidangan goreng celup tepung seperti pisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng dan sebagainya menjadi pilihan untuk dinikmati pada petang hari. Makan panas-panas dengan kerangupan gorengan tersebut pasti mendamaikan waktu petang anda.

Tapi, adakah anda tahu cara nak buat bancuhan tepung untuk hasilkan gorengan yang rangup? Yela, kalau tersalah bancuh, tepung anda akan menjadi keras ataupun lembik bila sudah sejuk.

Jangan risau, anda boleh tiru resepi yang dikongsikan oleh Achik Ita Jsd Kelantan ini. Apa yang paling penting, anda perlu pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah betul. 

Kalau anda nak tahu, tepung yang sesuai adalah tepung beras. Kalau dekat kedai memang banyak jenama tepung beras, tapi kalau boleh anda gunakan tepung beras cap 3 Teratai. Tepung ini dikatakan terbaik untuk pisang, ikan, sotong dan udang. Jom kita lihat cara-cara bancuhan tepung gorengan ini.

Bahan-bahannya

500 gram tepung beras 

1 biji telur

1 sudu kecil garam

2 hingga 3 sudu besar gula

1 sudu kecil serbuk kunyit

secubit kapur makan

Air secukupnya

Cara bancuhan

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan bancuh dengan air biasa. Masukkan air sedikit demi sedikit.

2. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Siap untuk menggoreng.

3. Untuk menggoreng pula, anda wajib menggunakan minyak masak yang banyak dan gunakan api yang besar.

4. Anda disarankan tidak ‘menyelam’ lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook & Vitdaily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Mon, 1 Oct 2018

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah 39 juta US Dollar. 

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020
Eat Travel Sun, 10 Mar 2019
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Eat Travel Thu, 26 Jul 2018
Eat Travel Sat, 9 Jun 2018

Nikmati Kelazatan Butter Chicken Dengan Resipi Mudah Ini

Masakan ini lebih “up” sikit daripada kari ayam biasa.

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020