Eat Travel By: tex_admin November 20, 2018 @ 12:00pm

Ini Cara Nak Buat Cheese Corn Dog, Makanan Korea Yang Tengah Viral

Anda pernah makan Cheese Corn Dog yang merupakan salah satu Korean street food yang tengah popular sekarang ini? Kalau pernah makan, rasanya sedap kan?

Untuk segmen Makan & Libur kali ini, penulis nak kongsikan kepada anda tentang bagaimana untuk membuat cheese corn dog yang sangat sedap ini.

Hidangan ini sangat senang untuk dihasilkan dan ianya sedap untuk dijadikan hidangan minum pagi ataupun waktu petang.

Sebenarnya, rasa original resipi ini disalut denngan gula pada bahagian permukaan luarnya, tapi untuk kelainan resipi ini adalah dengan menyalutkan luaran corn dog dengan sebuk roti untuk tekstur yang lebih rangup.

Jom lihat video ini ini untuk ketahui cara membuatnya:

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar yang sejuk
  • Keju
  • Cheddar/Mozarella
  • Sosej
  • Serbuk kari
  • Lidi sate

Foto: 18+ adult webcam jobs

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.

2. Kemudian, masukkan telur dan susu segar yang sejuk. Kacau lagi sehingga adunan menjadi rata dan pekat.

3. Seterusnya, masukkan adunan tadi ke dalam cawan. Ketepikan.

4. Gulungkan sosej bersama cheddar atau mozarella dan cucuk lidi sate pada bahagian bawah sosej. 

5. Setelah siap sesi gulungan sosej, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama 20 minit.

6. Selepas 20 minit, celupkan sosej ke dalam cawan yang berisi adunan tepung tadi dan gulingkan di atas serbuk roti.

7. Goreng menggunakan minyak panas.

8. Nak lagi sedap, tuangkan sos dan mayonis di atas Cheese Corn Dog. 

9. Siap untuk dihidangkan!

Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Sun, 3 Mar 2019
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Eat Travel Sat, 28 Jul 2018

Tak Susah Nak Buat Kek Alphabet Red Velvet Ini. Memang Sedap!

Nak buat kek Alphabet Red Velvet ini memang menguji tahap kreativiti anda.

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!