Hiburan By: SGMS Faida August 1, 2019 @ 2:32pm

Jom Tengok Episod Khas Alif & Sofia Sempena Aidiladha Bermula 5-11 Ogos Ini!

Program animasi kanak-kanak, Alif & Sofia terbitan bersama Primeworks Studios dan Blindspot Studios mengumumkan kolaborasi mereka dengan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dibawah program Simulasi Haji Cilik 2019 (SHC) hari ini.

Kerjasama itu merupakan inisiatif mereka untuk menjangkau dan beramah mesra bersama penonton utama Alif & Sofia yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia di lingkungan 4 hingga 6 tahun.

Siri animasi 3D Alif & Sofia yang hanya boleh didapati menerusi platform Youtube, menampilkan kandungan berunsur pengajaran Islam yang sesuai ditontoni kanak-kanak prasekolah pada zaman ini.

Simulasi Haji Cilik merupakan sebuah sesi pembelajaran praktikal yang direka khas untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang Rukun Islam yang kelima, iaitu melaksanakan Haji. Senario pelaksanaan Haji telah dicipta semula di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz mengikut stesen-stesen asas dimana lebih 3,000 kanak-kanak yang lengkap berpakaian Haji dibawa oleh guru-guru mereka untuk membuat Haji di setiap stesen terpilih.

Ditubuhkan oleh PERTIM pada tahun 2015, SHC telah dilaksanakan secara serentak di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia dengan penyertaan lebih daripada 20,000 kanak-kanak dari lebih 1,000 tadika Islam. Ini menandakan tahun pertama Alif &Sofia bekerjasama dengan SHC secara besar-besaran, seiring itu mengambil watak-watak dari siri animasi itu sebagai inpirasi kepada kanak-kanak bagi memudahkan pembelajaran mereka tentang Haji.

Terdapat satu episod di dalam siri Alif & Sofia yang diterbit khas dan disyorkan oleh PERTIM ke rangkaian-rangkaian pra sekolah Islam sebagai bahan pengajaran bagi persediaan untuk sesi praktikal pada hari acara SHC.

Topik yang dikupas termasuklah prinsip-prinsip Islam (Rukun Islam), prinsip-prinsip Haji (Rukun Haji), dan kisah Nabi Ibrahim A.S. Semua episod siri tersebut boleh didapati menerusi platform Youtube rasmi Alif & Sofia di www.youtube.com/alifsofia dan ianya juga telah dijemput ke udara di program jamuan istimewa khas Hari Raya Haji TV3 Malaysia dari 5 hingga 11 Ogos 2019 pada jam 5.00 petang setiap hari.

Encik Lukman Nul Hakim Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Blindspot Studios berkata pihaknya berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh PERTIM untuk Alif & Sofia.

” Ia sebagai sebahagian daripada visi kami untuk mewujudkan kandungan animasi yang bukan semata-mata hiburan tetapi dapat menanamkan nilai-nilai positif dalam diri anak-anak kita.

” Kami juga berharap kanak-kanak dapat melihat diri mereka melalui sifat-sifat keyakinan dan nilai murni Alif dan Sofia, dan menjadikan mereka berdua sebagai contoh dan inspirasi dalam membina peribadi diri yang terbaik.” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar memaklumkan sejak Mei lalu langganan saluran YouTube Alif & Sofia juga sudah mencecah hampir 60,000 penonton.

“Kami berharap Alif & Sofia akan terus menyuntik rasa keseronokan ke dalam proses pembelajaran harian dan aktiviti untuk kanak-kanak dalam tempoh prasekolah mereka,” katanya berharap Alif & Sofia dapat mendidik orang ramai mengenai ibadah haji.

Episod baru Alif & Sofia ditayangkan di saluran Youtube rasmi setiap Jumaat petang. Ikuti perkembangan Alif & Sofia di laman Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia atau melalui #AlifSofia di semua platform sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

蔡琴《2019有琴有艺》云顶演唱会!常青名曲608共庆父亲节

蔡琴重返大马开唱!6月8日在云顶举办《2019有琴有艺》演唱会,与歌迷共庆父亲节。

Hiburan Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林子祥9月重登云顶!用微笑征服粉丝的心

林子祥9月重登云顶世界舞台,势必用微笑征服粉丝的心!

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Hanya Kerana Isu Bateri Macbook Pro

Beliau kini tersangkut di Vietnam untuk pulang ke Eropah.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

ZARINA ANJOULIE ‘SOUND’ DIRA ABU ZAHAR

“So dira is this what u do pergi turun padang aib kan another female thats digusting n a digrace to puteri umno punya society.  “Maybe Fathia did say something but tak payah lah nk aibkan […]

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Okay tak pilihan baju Kris Dayanti kali ni?