Categories: familuv

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika anak anda sudah semakin membesar, sepatutnya dia memiliki biliknya sendiri. Sampai bila dia hendak tidur dengan anda?

Bagi mewujudkan rasa minatnya untuk tidur di bilik berkenaan, ia mestilah tampak cukup menarik baginya.

Setakat sebuah bilik kosong yang dihiasi katil, almari dan meja tulis mana cukup! Cara menghias bilik amatlah penting bagi menaikkan suasana riang yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak.

Selain perabot, barang-barang perhiasan seperti gambar kartun yang digantung pada dinding dan barang mainan yang anak anda gemari semestinya akan memberikan personaliti kepada bilik ini.

Tetapi sebelum memikirkan apa yang perlu diisikan di dalam bilik terbabit, fikirkan dulu mengenai warna dinding. Warna yang ceria seperti biru, merah atau jingga terang memang sesuai.

Anda juga boleh tanya sendiri anak anda warna apa yang diimpikan. Maklumlah, inikan bilik si kecil? Biar dia sendiri yang pilih.

Pastikan tema keseluruhannya sesuai dengan personaliti dan jiwa anak anda. Barulah dia lebih mudah tidur di dalam bilik ini.

Jika anda inginkan cadangan mengenai bagaimana untuk menghiasi sebuah bilik yang khas untuk seorang bayi atau kanak-kanak, ikuti contoh hiasan dalaman yang ditunjukkan di dalam video di bawah.

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops