familuv By: tex_admin October 14, 2019 @ 8:22pm

Sebab kenapa cuti bersalin 90 hari adalah polisi yang baik

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Tempoh waktu selepas bersalin adalah satu fasa yang sangat kritikal bagi wanita yang bergelar ibu. Tidak cukup dengan kesihatan diri yang masih belum pulih secukupnya pada waktu berkenaan, ibu yang baru bersalin juga turut menghadapi tanggungjawab dalam memastikan kesihatan bayinya yang baru lahir.

Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka biasanya akan menghadapi cabaran dalam menyeimbangkan antara memenuhi tuntutan kerjaya dan juga tanggungjawab keibuan. Hal ini pastinya menimbulkan kesukaran bagi wanita yang baru pertama kali melaui proses ini.

Seperti juga ketika waktu mengandung, tempoh selepas bersalin juga mendedahkan seseorang wanita kepada cabaran fizikal dan mental.

Aktiviti menyusukan anak, melayani bayi yang berjaga di tengah malam dan memikirkan hal-hal di tempat kerja pastinya memberikan satu tekanan yang pastinya bukan mudah.

Justeru, inisiatif kerajaan untuk menjalankan polisi yang memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 90 hari bagi wanita bekerja pada pembentangan Belanjawan 2020 adalah suatu usaha positif yang perlu diraikan.

Penambahan 30 hari daripada polisi yang sebelum ini iaitu 60 hari pastinya menggembirakan seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Jadi, bagaimanakah polisi ini mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat Malaysia secara amnya.

Kesihatan mental si ibu perlu dilindungi

Bersalin dan memiliki anak bukanlah sebuah fasa yang mudah untuk dihadapi oleh setiap ibu tidak kira bagi yang baru pertama kali memiliki anak mahupun yang sudah melalui proses ini berulang kali.

Kesakitan fizikal yang dihadapi ketika proses bersalin, ditambah dengan peningkatan tanggungjawab dalam aktiviti seharian tentunya mendedahkan wanita terhadap tekanan mental yang jika tidak diatasi akan menghadirkan bahaya buat bayi dan diri mereka sendiri.

Justeru, tempoh rehat selepas bersalin yang mencukupi amat penting dalam memastikan kestabilan mental seseorang wanita yang baru bersalin. Ketergesaan dalam memulakan kembali pekerjaan pastinya tidak membantu wanita dalam mengatasi masalah trauma mental dan fizikal yang mereka hadapi ketika bersalin.

Tekanan emosi untuk ibu yang baru bersalin akan menjadi lebih teruk jika mereka tidak mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli keluarga dan juga majikan. Foto: The Healthy

Antara masalah kesihatan mental yang biasa dihadapi oleh wanita yang baru bersalin adalah masalah tekanan mental ataupun lebih dikenali sebagai depresi pospartum. Terdapat tiga jenis postpartum iaitu postpartum blues, depresi postpartum, dan juga psikosis postpartum.

Postpartum blues adalah tingkat pertama kemurungan bagi ibu yang baru bersalin. Wanita yang mengalami postpartum blues lazimnya akan menghadapi tekanan emosi yang sederhana seperti berasa bimbang, sedih, dan tidak senang hati.

Bagi individu yang tidak berjaya menangani postmartum blues dengan berkesan, mereka kebiasaanya akan terjebak kepada tingkat kedua kemurungan bagi wanita bersalin iaitu depresi postmartum ataupun lebih dikenali sebagai meroyan.

Pencetus utama kepada depresi peringkat kedua ini adalah perubahan hormon yang terjadi kepada wanita yang baru bersalin. Antara simptom yang akan dihadapi oleh wanita yang berada di peringkat postmartum ini adalah kerap sedih, mengalami gangguan waktu tidur, sangat sensitif dan berasa tidak selesa dengan bayi mereka.

Seterusnya, psikosis postmartum pula dikategorikan sebagai peringkat kemurungan yang sangat serius, di mana pada fasa ini, ia adalah lebih daripada sekadar tekanan emosi. Berbanding dua fasa yang sebelum ini, psikosis posmartum adalah sejenis keadaaan yang melibatkan gangguan mental pada seseorang wanita.

Apa yang lebih menakutkan, penyakit ini boleh melibatkan kehilangan nyawa terhadap bukan sahaja wanita berkenaan, malahan turut merisikokan orang-orang di sekeliling sehingga membabitkan kes kematian yang berlaku akibat daripada penyakit ini.

Jadinya, wanita bersalin amat memerlukan ruang dan masa yang mencukupi bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di samping memberikan masa untuk tubuh kembali sepenuhnya pulih daripada trauma dan kesakitan proses bersalin.

Kesihatan bayi jangan dilupakan

Tempoh awal perhubungan antara ibu dan juga bayi sangat penting bagi perkembangan fizikal dan juga mental bayi berkenaan. Foto: Parents

Waktu selepas bersalin juga adalah tempoh yang amat penting dalam memastikan kesihatan dan juga perkembangan seseorang bayi yang baru lahir. 

Pelbagai kajian menunjukkan bagaimana waktu perhubungan awal antara bayi dan ibu berperanan dalam memberikan bukan sahaja kesan jangka pendek, malahan turut melibatkan kesan jangka panjang terhadap bayi berkenaan.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan perhubungan di antara ibu dan bayi ketika di usia tiga dan sembilan bulan selepas bersalin berperanan untuk membentuk perasaan empati ketika bayi itu telah dewasa.

Selain itu, proses penyusuan bayi ketika berusia tiga bulan juga mampu mengurangkan risiko asma dan juga diabetes tahap 1 di samping membantu proses kematangan sistem pencernaan bayi berkenaan.

Satu kajian lain pula menunjukkan bayi yang ibunya telah mula bekerja sebelum mencapai usia 12 minggu selepas waktu bersalin akan menghadapi masalah dalam perkembangan tingkah laku dan percakapan mereka.

Majikan juga boleh merasai kesan positif

Peruntukan cuti bersalin oleh sesebuah syarikat mampu memberikan kesan sampingan yang sangat positif bagi perkembangan syarikat dan juga kebajikan pekerja wanita itu sendiri. Foto: Georgian College

Tidak semua pihak gembira akan inisiatif yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Antara golongan yang tidak bersetuju terhadap usaha ini adalah majikan-majikan yang berasakan langkah ini memberi bebanan kewangan terhadap mereka. 

Di samping itu, ada juga pihak yang berasakan bahawa inisiatif ini akan menghalang wanita untuk maju dalam bidang pekerjaan yang mereka ceburi, namun ada beberapa kajian yang menunjukkan bagaimana inisiatif cuti bersalin mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan syarikat dan juga pekerja wanita itu sendiri.

Sebagai contoh, satu kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi wanita yang mengambil cuti bersalin adalah lebih tinggi daripada wanita yang tidak mengambil manfaat tersebut. 

Di dalam kajian berkenaan, wanita yang mengambil cuti bersalin didapati berkecenderungan besar untuk bekerja selama sembilan ke 12 bulan selepas bersalin berbanding dengan wanita yang tidak mengambil cuti bersalin. Di samping itu, wanita berkenaan juga direkod mendapat kadar gaji yang lebih baik selepas mereka bersalin.

Seterusnya, terdapat juga kes di mana peruntukan cuti bersalin oleh sesebuah syarikat ternyata mampu mengurangkan kadar pemberhatian kerja di kalangan ibu yang bersalin. Sebagai contoh, syarikat perundingan Accenture telah berjaya mengurangkan pemberhentian lebih kurang 40 orang lebih pekerja wanita mereka yang baru memiliki anak setelah memperkenalkan skim cuti bersalin sebanyak 16 minggu.

Sementara itu, syarikat teknologi informasi terkenal International business Machine Corporation (IBM) telah membuktikan bahawa peruntukan manfaat cuti bersalin oleh syarikat berkenaan merupakan faktor utama yang menarik pekerja yang berbakat yang terdiri daripada wanita muda untuk bekerja di syarikat mereka. Ketua Diversiti IBM, Lindsay-Rae MacIntyre, berkata insiatif baharu syarikatnya dengan memperuntukkan 14 minggu cuti rehat bagi ibu bersalin telah berjaya menarik bakat-bakat terbaik di dalam industri tersebut.

Berkenaan dengan impak cuti bersalin yang panjang terhadap peningkatan di dalam kerjaya wanita, kebanyakan kajian menunjukkan masalah ini bukanlah disebabkan oleh tempoh cuti tersebut, tetapi perkara itu kebiasaanya disebabkan oleh faktor budaya dan juga stereotaip yang seringkali tidak berlaku adil kepada pekerja wanita.

Justeru, penyelesaian bagi masalah tersebut ternyata tidak mempunyai kaitan yang jelas dengan inisiatif cuti bersalin yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

familuv Thu, 12 Jul 2018
familuv Fri, 27 Sep 2019

Elak sumbang mahram! Fahami batas aurat dalam keluarga

Jangan sampai menyesal kemudian hari…

familuv Fri, 31 Aug 2018

4 Jenis Nasihat Yang Parents Lain Tak Suka Dengar

Memang teruja bila dapat berkongsi pendapat tapi tidak semua orang suka mendengarnya.

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

familuv Mon, 17 Jun 2019

8 tanda bayi anda alami alahan dengan susu formula yang diberikan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu. Malangnya bukan semua ibu berpeluang untuk menawarkan susu semula jadinya setiap kali si kecil ingin menyusu. Kadangkala mereka terpaksa bergantung […]