Categories: familuv

Suami gantung tidak bertali? Ini yang patut anda lakukan

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan perkahwinan hingga ke akhir hayat, namun adakalanya panas yang disangka berpanjangan, hujan turun di tengah hari. Perkahwinan yang dibina tidak kesampaian dan perceraian menjadi pilihan apabila tiada persefahaman lagi.

Ada yang bercerai baik, tidak kurang juga yang bercerai membabitkan pergaduhan sehingga proses perceraian menjadi berpanjangan.

Antara kes perceraian yang memerlukan perhatian pelbagai pihak adalah kes isteri yang digantung tidak bertali.

Istilah digantung tidak bertali bermakna si isteri ditinggalkan begitu sahaja tanpa kata putus daripada suami dan menafikan hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dan keluarga sehingga bertahun-tahun.

Jika anda berada dalam situasi ini, jangan teragak-agak untuk keluar daripada penderitaan ini.

Ketahui hak anda dan jangan biarkan diri terperangkap dalam kemelut yang tiada kesudahan ini.

Antara cara yang dibenarkan dalam Islam ialah perceraian melalui permohonan fasakh.

Jabatan Kehakiman Syariah mendefinisikan fasakh sebagai pembubaran pernikahan berdasarkan sebab-sebab tertentu.

Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab anda boleh membuat permohonan fasakh.

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
  • Tidak mengadakan peruntukan Glossary Link nafkah isteri selama tempoh tiga bulan.
  • Telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
  • Telah mati pucuk.
  • Telah gila selama tempoh dua tahun.
  • Sedang menghidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
  • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
  • Memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Melupuskan Glossary Link harta isteri.
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
  • Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
  • Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf hukum syarak.

Selain perceraian melalui permohonan fasakh, taklik juga dibenarkan dalam Islam. Cara ini membenarkan wanita untuk memohon perceraian sekiranya suami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik berkenaan, misalnya suami tidak membayar nafkah.

Jika terdapat situasi yang serius seperti didera oleh suami, anda perlu ke pejabat agama untuk membuat aduan kepada pegawai yang bertugas dan membuat permohonan cerai.

Anda boleh memohon untuk bercerai melalui taklik atau fasakh jika suami enggan melafazkan cerai atau meninggalkan anda tanpa khabar berita.

Walaupun perceraian adalah perkara terakhir yang harus dilakukan, ini tidak bermakna anda gagal dalam hidup.

Jika anda telah melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan rumah tangga, tetapi masih tidak berjaya, maka perceraian adalah jalan yang harus dipilih.

Apabila sudah nekad untuk bercerai, anda haruslah ke Mahkamah Syariah berhampiran kawasan tempat tinggal anda untuk membuat pendaftaran kes.

Bawa dokumen yang sepatutnya dan dapatkan borang permohonan untuk bercerai daripada pihak yang berkenaan.

tex_admin