Featured By: Ad Ops September 4, 2018 @ 6:00pm

26 Foto Ini Menunjukkan Kenapa Ramai Orang Merindui Barack Obama

Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, nampaknya sedang enjoy sakan setelah dia mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya sebagai ketua negara Barat itu. 

Antara aktiviti menarik yang dia dah lakukan termasuklah pergi bercuti di lokasi eksotik dan menari-nari di konsert Beyoncé dan Jay Z. Seronoknya!

Maklumlah, tanggungjawab untuk memimpin negara telah dipindahkan ke Presiden Donald Trump. Dan anda mungkin tahu yang cara-cara Trump bekerja sangatlah berlainan. Jadi tak hairanlah jika rakyat Amerika dah mula merinduinya.

Bagi anda yang tak tahu, Barack adalah presiden Amerika yang ke-44 selama lapan tahun, iaitu dari tahun 2009 ke 2017. Dilahirkan di Honolulu, Hawaii, dia adalah orang berkulit hitam pertama untuk memegang jawatan itu.

Jom tengok kenapa dia disukai ramai.

1. Dia pandai betul melayan budak-budak.

Foto: White House/Pete Souza

Foto: White House/Pete Souza

Foto: White House/Pete Souza

Foto: White House/Pete Souza

Foto: Reuters/Carlos Barria

Foto: Reuters/Kevin Lamarque

Foto: White House/Pete Souza

2. Dengan remaja pula? No problem.

Foto: White House/Pete Souza

Foto: White House/Pete Souza

3. Selain itu, hubungannya dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain pun sama bagus.

Dengan Paus Francis…

Foto: Reuters/Kevin Lamarque

Dengan Hillary Clinton, penentangnya dalam pilihanraya Amerika Syarikat pada 2008…

Foto: Reuters/Jim Young

Dengan perdana menteri Kanada, Justin Trudeau (tengah) dan presiden Mexico, Enrique Pena Nieto… 

Foto:

Dan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Foto: Reuters/Michael Kappeler

4. Memang nampaklah yang dia senang untuk bergaul dengan semua orang.

Tak kira darjat, latar belakang mahupun kerjaya.

Foto: White House/Pete Souza

Foto: Reuters/Jason Reed

Foto: White House/Pete Souza

5. Dia tak malu pun untuk tunjukkan sedikit emosi.

Foto: Reuters/Jason Reed

Gambar ini diambil di acara perhimpunan kempen pilihanraya terakhirnya pada tahun 2012, sehari sebelum pilihanraya berlangsung.

 

6. Dia juga tak segan untuk tunjukkan kasih sayangnya yang tulen terhadap isterinya Michelle.

Foto: Pool/Getty Images

Foto: White House/Pete Souza

Foto: White House/Pete Souza

Awww… tapi yang ini, memang sempoi.

Foto: White House/Pete Souza

Dan kerana Michelle menggayakan stail rambut baru…

Foto: White House/Pete Souza

Dia pun nak juga!

Foto: White House handout via Reuters

Main-main saja, ya! Gambar ini hasil Photoshop, sebenarnya. Dia saja-saja nak berseloroh.

Ini dia lagi satu gambar kelakar. Lalat hinggap di dahinya pun dia tak hiraukan. Cool saja. Kalau kita, mesti dah hempuk!

Foto: Reuters/Larry Downing

7. Barack juga merupakan seorang bapa yang penyayang kepada anak-anak perempuan mereka Malia dan Sasha.

Foto: Reuters/Kevin Lamarque

8. Dia tahu dan menghormati apa-apa yang penting bagi rakyat Amerika.

Foto:

Gambar ini diambil daripada acara perarakan bagi memperingati sejarah gerakan hak sivil di Amerika. Ia bertujuan untuk mendapatkan hak undang-undang bagi orang berkulit hitam yang orang Amerika lain sudah sedia ada.

Sebagaimana anda tahu, isu perkauman di negara itu memang sensitif dari dulu lagi. Jadi, baguslah Barack berikan sokongan.

Ada banyak sebab kenapa Barack Obama ini lain daripada yang lain. Dia bukan saja berpengaruh di Amerika, malah di seluruh dunia.

Kalau anda ada masa terluang, penulis mencadangkan anda dengar mana-mana ucapan Presidential Elections miliknya. Memang inspiring! Penulis tengok sampai menangis!

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Featured Tue, 28 Mar 2023
familuv Fri, 30 Dec 2022

Sambut Birthday Ibu ke-64, Remy Ishak Ucap Jutaan Terima Kasih Pada Pakar Bedah

Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya. Artikel Berkaitan: Ibu Sedang Bertarung Nyawa […]

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

5 Perkara Mengenai Diet Yang Anda Mungkin Tersalah Anggap Selama Ini

Semakin moden semakin banyak tips dan trend kesihatan yang tersebar, sama ada dari mulut ataupun melalui Internet. Tapi adakah semuanya betul dan boleh diamalkan?

Featured Thu, 25 Nov 2021

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin. Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka. […]