Eat Travel By: Ad Ops April 10, 2020 @ 2:00pm

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Kebanyakan keluarga mula merancang percutian hujung tahun seawal April bagi memudahkan setiap ahli keluarga mengambil cuti pada masa yang sama, selain boleh membuat tempahan awal.

Pada masa ini, sambil duduk di rumah bolehlah belek platform atas talian untuk melihat dan merancang terlebih dahulu destinasi percutian pilihan.

Jika tiada idea mahu pergi ke mana, apa kata pergi ke negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang.

Selain terkenal sebagai syurga makanan, Pulau Pinang, destinasi percutian menarik di utara Malaysia itu turut terkenal dengan seni bina bangunan bersejarahnya yang menakjubkan.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Facebook Hotel Areca Penang

Menariknya, kebanyakan bangunan warisan berkenaan diterjemahkan menjadi hotel butik yang sangat cantik dan unik. Jom lihat lima hotel butik yang popular di Pulau Pinang.

1. Hotel Areca

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Facebook Hotel Areca Penang

Menampilkan seni rekaan dalaman yang unik dengan elemen klasik, Hotel Areca adalah antara penginapan menarik yang menjadi pilihan pengunjung. Kedudukannya yang strategik di tengah bandar raya Georgetown memberi akses mudah untuk pengunjung melawat tarikan pelancongan berdekatan seperti Muzium Upside Down dan Galeri Warisan Pulau Pinang.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Facebook Hotel Areca Penang

Suasana di sekitar hotel juga mendamaikan, dengan tumbuhan hijau di sepanjang laluan, segalanya cukup indah dipandang dan sesuai untuk bersantai sambil membaca di perpustakaan yang disediakan.

Dekorasi perabot vintaj dengan pencahayaan keemasan juga pasti akan memberikan daya tarikan nostalgia buat mereka yang menginap di sini.

Alamat: 5 Jalan Khoo Sian Ewe, 10050 Georgetown

2. Hotel Penaga

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: My Guide Penang

Bangunan yang dibina pada awal abad ke-20 itu dibaik pulih selepas zaman peperangan. Pada tahun 2008, bangunan ini diubah suai menjadi hotel butik yang menawarkan 45 buah bilik dengan menggunakan teknik binaan tradisional dan dalam masa yang sama mengekalkan perabot asalnya.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Penang

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Agoda

Setiap sudut hotel yang mempunyai empat tema bilik yang berbeza itu diberikan sentuhan antik menjadikannya tempat penginapan yang elegan, penuh dengan keselesaan, unik serta memiliki daya tarikan klasik yang memukau.

Alamat: Corner of Jalan Hutton & Lebuh Clarke, 10050 George Town

3. Seven Terraces

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Georgetown Heritage Hotels

Penginapan di Seven Terraces juga tidak kurang hebatnya dengan rekaan dalaman bilik yang menggabungkan sentuhan Baba Nyonya.

Antara sentuhan Peranakan atau Baba Nyonya yang dapat dilihat di hotel ini adalah dari segi perabotnya seperti katil candu atau opium bed yang dapat dilihat di dalam setiap bilik.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: tn.wego.com

Lokasinya juga strategik dengan pelbagai tarikan pelancongan menarik seperti Muzium Negeri Pulau Pinang, monumen bersejarah Fort Cornwallis dan banyak lagi.

Alamat: Stewart Lane, 10200 George Town

4. Muntri Mews

Muntri Mews pada asalnya adalah kandang kuda yang dibaik pulih dan diubah suai untuk dijadikan tempat penginapan yang mengekalkan ciri-ciri abad ke-20 melalui pilihan perabot dan bahan binaannya.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Booking.com

Setiap bilik di hotel itu memiliki aura klasik yang digabungkan dengan sentuhan kontemporari serta warna-warni yang menarik hati. Gabungan suasana klasik dan kemudahan moden itu mewujudkan keadaan selesa seperti berada di rumah sendiri.

Kredit gambar: Blog Traveloka

Alamat: 77, Lebuh Muntri, 10200 George Town

5. Spices Hotel

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Agoda

Sebuah hotel beraura klasik, Spices Hotel yang dibina dari 1790-an hingga 1890-an menawarkan pengalaman penginapan yang indah kepada pengunjung. Sebaik masuk ke lobi hotel, pengunjung akan terhidu aroma menyegarkan pokok serai.

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Tripadvisor

hotel butik cantik penang

Kredit gambar: Time Out

Rekaan dalaman bilik yang mengabungkan konsep desa dan kolonial memberi pengunjung atmosfera yang begitu menenangkan serta pengalaman penginapan yang ekslusif.

Alamat: No.5, Lorong Lumut, 10200 George Town

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

“Jangan Cium, Minta Izin Sebelum Sentuh…” – Mira Filzah Tegas Lindungi Anak, Tetapkan SOP Di Majlis Aqiqah

Mak mana tak sayang anak, lagi lagi Amir pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ni kann. Bagus tindakan Mira dan Emir nii 🥰🤩

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Featured Wed, 16 Nov 2022

Sunting Gambar Naik Pelamin, Netizen Doakan Jaa Suzuran Cepat Bertemu Jodoh

Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran sering dikaitkan dengan soal jodoh oleh warganet. @jaasuzuran Semoga bahagia korang dua . And doakan Abe Jaa dengan Adira pulak ye gais #countingcalories #ehsilap #countingdays💍 ♬ Selamat Pengantin Baru […]

Featured Wed, 22 Apr 2020

KKM kesan kluster baharu Pengerang berpunca daripada amalan berkunjung

Kekal duduk di rumah elak penularan baharu COVID-19

familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

Eat Travel Sun, 17 May 2020