Categories: Eat TravelFeatured

Asyik Berangan Untuk Memiliki Kediaman Mewah Di Tepi Pantai? Ini Lokasi Ideal Untuk Anda!

“Kalau saya dah kaya nanti, saya nak bina rumah di tepi pantai. Bangun pagi bertemankan nyaman angin sepoi-sepoi bahasa sambil dihiburkan desiran ombak.”

Barangkali anda pernah mendengar luahan seperti ini daripada seorang teman. Malah topik untuk memiliki kediaman mewah di tepi pantai apabila sudah menjadi kaya-raya adalah satu perkara klise!

Sebenarnya anda tidak perlu menunggu untuk menjadi kaya raya untuk merasai pengalaman menginap di kediaman agam dengan panorama indah pantai.

Foto: The Vocket

Anda hanya perlu menyediakan bajet yang besar untuk bercuti ke Morukuru Beach Lodge yang terletak di De Hoop Nature Reserve, Afrika Selatan.

Apa yang menariknya, logde mewah ini dilengkapi sebuah bilik yang menghadap terus ke pantai.

Difahamkan bekalan elektrik di penginapan ini bergantung sepenuhnya dengan tenaga solar yang menjadikan penginapan ini benar-benar mesra alam.

Foto: The Vocket

Lokasi ini menjadi pilihan ideal buat anda yang sering mengembara secara berkumpulan kerana penginapan ini turut menyediakan bilik yang luas sesuai untuk menampung sehingga 8 orang dewasa.

Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memasukkan Morkuku Beach Lodge dalam senarai travel anda. Tetapi perlulah beli tiket untuk terbang ke Afrika Selatan terlebih dahulu.

Foto: The Vocket

Sumber: The Vocket

Yanie Baharom