Categories: FeaturedGaya Hidup

Bukan sekadar hiasan, ini keajaiban tanaman pokok ular yang perlu diketahui

Pokok lidah mentua atau turut dikenali dengan nama lidah jin dan pokok ular (snake plant) adalah tanaman yang popular sebagai pokok hiasan dalam rumah.

Pokok lidah mentua memerlukan penjagaan yang minimum kerana ia tidak memerlukan banyak air untuk tumbuh, malah dapat hidup dengan pencahayaan yang rendah.

Kredit gambar: Red Rose Foundation

Selain mencantikkan ruangan dalam rumah, tumbuhan hiasan yang menjadi aliran terkini dan pilihan ramai dalam menghias rumah itu turut mempunyai banyak manfaat termasuklah mengurangkan habuk dalam rumah.

Jom semak antara manfaat lain pokok lidah mentua.

1. Pembersih udara

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), tanaman hiasan dalam rumah ini juga bertindak sebagai pembersih udara dengan menyerap bakteria sekali gus membantu melawan alahan.

2. Penyerap racun

Kredit gambar: Pinterest

Memiliki daun yang tebal dan keras, pokok lidah mentua mampu menyerap racun di udara seperti benzene, xylene, trichlorethylene dan formaldehyde. Ia juga mampu menyerap bahan kimia yang terdapat di dalam rumah seperti di perabot dan sebagainya.

3. Pembekal oksigen

Menerusi penelitian Harvard University Extension, lidah mentua adalah pembekal oksigen yang paling banyak menghasilkan oksigen pada malam hari dan memiliki kemampuan untuk menyerap jumlah karbon monoksida dan karbon dioksida yang berlebihan.

4. Tidur lebih berkualiti

Kredit gambar: The Fashionable Housewife

Bagi mereka yang mempunyai masalah tidur atau insomnia, digalakkan meletakkan pokok lidah mentua dalam bilik kerana ia mampu membuatkan tidur menjadi lebih nyenyak serta meningkatkan kualiti tidur seseorang.

5. Aura positif

Kredit gambar: Better Homes and Gardens

Berdasarkan ilmu topografi kuno China atau fengsui, lidah mentua dapat memberikan energi pelindung jika diletakkan pada posisi yang ideal. Dalam fengsui, tanaman yang runcing seperti lidah mentua dianggap sangat baik untuk melawan Qi (energi) negatif.

6. Kurangkan stres

Kredit gambar: Apartment Therapy

Bunga lidah mentua akan mekar dan mengeluarkan aroma yang menenangkan menjelang petang. Baunya dikatakan mampu memberikan ketenangan serta mengurangkan stres.

Ad Ops