Featured By: Fadzlena Jafar May 5, 2020 @ 7:43pm

Hanya 3 negeri catat kes baharu positif COVID-19 pada hari ke-49 PKP

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan hanya tiga negeri di Malaysia mempunyai jangkitan baharu COVID-19 berbanding empat negeri semalam, iaitu 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Selangor dan dua kes di Sarawak.

Semalam, daripada 55 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 25 kes dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Selangor, enam kes di Negeri Sembilan dan dua kes di Melaka dengan secara keseluruhan membabitkan tujuh kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua 30 kes yang dilaporkan hari ini membabitkan penularan tempatan terutama daripada kluster Pasar Borong.

“Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiada kes import dilaporkan.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, yang mana sebanyak 21 kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kesemua 30 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes.

Sehingga 5 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, KKM melaporkan terdapat 83 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,567 kes atau 71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,710 kes, manakala kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 24 kes dan daripada jumlah itu sebanyak lapan kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 106 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-106 (kes ke-830) itu membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020. Beliau kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19 sebelum disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020, jam 2.10 pagi.

Kelihatan anggota tentera melakukan rondaan di kawasan perumahan Selayang Baru pada tinjauan susulan PKPD COVID-19. (Gambar NSTP/ASWADI ALIAS)

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Pasar Borong mencatat pertambahan 21 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 180 kes.

“Daripada 23 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes adalah daripada Kluster Pasar Borong ini dengan hanya satu kes dikesan di luar PKPD. Ini bermakna sehingga kini sebanyak 80 kes yang dikesan dalam kluster ini membabitkan jangkitan di luar PKPD.

“Oleh itu, KKM akan terus memantau kluster berkenaan yang kini sudah menjangkiti empat pasar lain iaitu Pasar Besar Seremban dengan tiga kes positif COVID-19, Pasar Besar Bahau (dua kes), Pasar Besar Jalan Othman (23 kes) dan Pasar Taman Megah, Petaling Jaya dengan satu kes,” katanya. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Keputusan Saya Untuk Pulang ke Malaysia Adalah Disebabkan…” – Kes Pelanggaran Kontrak Ben Amir Akhirnya Selesai

Kes pelanggaran kontrak Ben Amir dengan syarikat produksi telah selesaikan di mahkamah.

Featured Thu, 16 Dec 2021

Undang Sebak Netizen… Isteri Excited Sambut Suami Balik Kerja Dengan Kek Birthday, Tapi Tak Dilayan!

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya adalah harapan setiap pasangan apabila ikatan suci sebagai suami isteri dilafazkan. Sudah tentu setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian. Namun berbeza […]

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan

Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Mon, 22 Jan 2018

Kawal Marah

Ramai yang tidak sedar atau tahu diri sendiri mempunyai faktor penyebab marah. Daripada kesedaran berkenaan barulah kemarahan boleh dikawal dari semasa ke semasa.

Featured Wed, 10 May 2023

“Dialog Tak Semua Tepat.. Tetapi Peristiwa 23 Tahun Itu Tinggal Kesan Mendalam” – Perdana Menteri Sukar Tonton Filem Anwar: The Untold Story

“Keadaan sebenar ketika saya dalam lokap dahulu lebih parah.. gelap sepanjang masa” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Featured Sun, 24 Dec 2023

Ibu Kandung & Teman Lelaki Ditahan, Beri Bayi 16 Bulan Dadah

Allahu, apa teruk sangat manusia sekarang ni tak ada hati perut!😡

Featured Mon, 13 Feb 2023