Categories: FeaturedGaya Hidup

Ingin Tahu Kenapa Orang Jepun Panjang Umur Dan Kurang Berpenyakit? Ini Jawapannya!

Sewaktu lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun baru-baru ini, beliau ada menzahirkan hasrat untuk melaksanakan semula Dasar Pandang ke Timur yang beliau sendiri ilhamkan pada 1981.

Dasar itu mahu diperhebatkan kembali kerana beliau yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat negara ini memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab atau melakukan dengan baik apa jua tugas yang dihadapi.

Dalam satu konteks yang lain, Jepun dikenali sebagai negara yang terkenal dengan disiplin dan pola hidup yang sihat. Beberapa kajian kesihatan menunjukkan penduduk Jepun mempunyai angka harapan hidup yang tinggi.

Ini kerana, orang Jepun menjalani kehidupan yang sangat teratur dan menyihatkan. Nak tahu apa yang mereka lakukan untuk kelihatan awet muda, sihat dan panjang umur? Ini jawapannya!

Foto: Medium (pemakanan sihat)

1. Pencuci mulut tanpa gula

Rata-rata orang Amerika mengambil 100 gram gula setiap hari manakala orang Jepun tak sampai separuh. Mereka hanya mengambil 48.8 gram sahaja sehari. Rahsianya adalah memilih pencuci mulut yang sihat. Difahamkan orang Jepun lebih memilih buah-buahan atau teh.

2. Obses rumpai laut

Menurut saintis Universiti Newscastle, rumpai laut adalah salah satu makanan yang boleh menghalang penyerapan lemak. Manfaatnya adalah mampu meningkatkan pemprosesan lemak dalam tubuh hingga 4 kali ganda.

3. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang!

Orang Jepun dikatakan tidak makan sampai kekenyangan. Salah satu garis panduan makan mereka menurut adalah ‘hara hachi bu’, ertinya makanlah sampai perutmu penuh 8/10 bahagian. Makan perlahan akan membuat makanan lebih mudah dicerna dan perut kenyang. Inilah yang membuatkan mereka langsing dan sihat.

4. Makan ikan

Orang Jepun makan ikan sehingga 100 gram sehari. Mereka mendapat pengambilan asid lemak omega 3 yang lebih banyak. Tak hairan mereka mempunyai kulit yang berkilat dan awet muda. Asid lemak omega 3 juga merupakan lemak yang sihat bagi kesihatan.

5. Suka berjalan kaki

Ini adalah kebiasaan mereka sehinggalah ke hari ini. Di sana kebanyakan mereka berjalan kaki daripada naik kenderaan sendiri. Kalau kita berjalan kaki hanya untuk bersukan atau menuju ke tempat yang jaraknya dekat, orang Jepun boleh menempuh jarak jauh dengan berjalan, bahkan berlari. Itu pun 2-3 kali sehari. Jadi tidak hairanlah kenapa tubuh mereka sihat.

Foto: BBC

Sumber: Wanista

Yanie Baharom