Kemudahan untuk membeli barang secara dalam talian memang menarik. Seseorang itu hanya memerlukan beberapa minit untuk membuat satu pembelian dan lebih menarik apabila boleh membeli hampir apa saja tanpa perlu keluar rumah.
Tetapi teknik pembelian menerusi dunia digital ini selalunya tidak dapat menjamin keselamatan dan kesahihannya. Pelbagai masalah boleh timbul jika seseorang itu tidak membeli barang daripada penjual yang jujur. Antaranya ialah barangan yang dibeli didapati palsu, saiz pakaian yang dibeli tidak betul, penghantaran tidak sampai dan yang paling berbahaya, wang jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Itu sebabnya sesetengah pembelian patut dilakukan di kedai fizikal kerana pembeli boleh memeriksa barangan yang ingin dibeli dan berbincang terus dengan penjual.
Bagaimanapun, tidak salah untuk membeli barang menerusi platform dalam talian kerana pembeli dicadangkan supaya melakukan banyak kajian terlebih dahulu.
Periksa sama ada barang itu bukan tiruan, selain memastikan ukuran baju mengikut saiz badan pembeli. Pilih penjual yang menggunakan kaedah pembayaran boleh dipercayai dan baca komen pembeli yang pernah membeli barang yang sama, ataupun daripada penjual yang sama.
Berikut adalah enam barangan yang tidak digalakkan dibeli secara dalam talian, kecuali jika kajian dibuat terlebih dahulu seperti yang dikongsikan Business Insider
Kedai dalam talian memang penuh dengan ubat-ubatan palsu, sudah melepasi tarikh luputnya ataupun langsung tidak selamat atau tidak berkesan.
Jika ingin juga membeli secara dalam talian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pembeli supaya bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan seperti:
Promosi hebat di Internet selalunya datang dengan masalah yang hanya akan dijketahui kewujudannya apabila pembeli mula menggunakan kereta yang dibeli.
Risikonya termasuklah kereta terbabit berada dalam keadaan yang tidak baik ataupun mungkin kereta curi.
Dapatkan laporan terperinci mengenai sejarah kereta yang ingin dibeli, atau minta mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta berkenaan. Jangan beli kereta tanpa melihatnya terlebih dahulu.
Jika pembeli pernah membeli pakaian daripada kedai dalam talian yang sama dan puas hati dengan kesesuaiannya pada badan, maka tidak perlu berasa bimbang dan bolehlah beli secara dalam talian.
Berhati-hati apabila membeli daripada pengeluar baju baharu ataupun yang tidak dikenali kerana pelbagai masalah boleh timbul antaranya saiz mungkin tidak sama atautidak sesuai dengan badan.
Sebaik-baiknya pembeli perlu mencuba sendiri baju itu, ataupun semak polisi pemulangannya sebelum membeli.
Jika seseorang itu sudah mempunyai jenama yang disukai dan dipercayai, tiada masalah untuk membelinya secara dalam talian, namun jika membabitkan produk baharu sebaik-baiknya pembeli disarankan pergi ke kedai dan cuba sendiri.
Hal ini kerana jika di kedai, seseorang itu boleh mengujinya terlebih dahulu selain boleh mendapatkan nasihat daripada pakar. Jika membeli melalui dalam talian, anda mungkin mendapati produk solekan itu tidak menepati cita rasa dan mungkin mengandungi bahan bertoksik serta merbahaya.
Jika anda bercadang untuk membeli haiwan peliharaan, sekurang-kurangnya dapatkan daripada penjual yang bertauliah, ataupun kedai yang mengamalkan sistem penjagaan yang berperikemanusiaan.
Haiwan yang dibeli dalam talian mungkin mempunyai perangai dan sejarah kesihatan yang lain daripada yang diiklankan.
Pembelian barang kemas memang selamat selagi penjualnya betul-betul diiktiraf, sudah beroperasi untuk beberapa tahun dan dijamin sah oleh pelanggan terdahulu.
Penjual mesti menyediakan maklumat terperinci dan gambar produknya dari pelbagai sudut. Pembeli juga disaran supaya menyemak polisi pemulangannya kerana mungkin akan berhadapan dengan masalah seperti barang kemas yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan.
Oleh itu, berhati-hati apabila membuat sebarang pembelian. Jangan menyesal pada kemudian hari!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..