Eat Travel By: tex_admin September 27, 2019 @ 12:27pm

Jom lawati tapak warisan dunia UNESCO di Malaysia!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Tapak warisan dunia merupakan kawasan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai kawasan yang menyimpan serta memiliki nilai-nilai sejarah, kebudayaan dan fungsi yang penting kepada dunia.

Antara kriteria umum yang ditetapkan UNESCO untuk menyenaraikan sesebuah lokasi sbagai tapak warisan dunia adalah:

 – Memiliki nilai sejarah yang unik dan universal dalam perkembangan ketamadunan manusia

– Memiliki bangunan, arkitektur dan teknologi yang menunjukkan sejarah perkembangan manusia

– Merupakan tempat yang berfungsi dalam meneruskan kelestarian ekosistem alam semula jadi manusia

Di samping menjalankan proses pemeliharaan, tapak-tapak warisan dunia yang ada di serata dunia turut dijadikan sebagai pusat pelancongan bagi para pelancong, dengan tujuan untuk pendidikan serta menimbulkan kesedaran memelihara sejarah warisan dunia dan juga alam semula jadi.

Antara tapak warisan dunia yang popular dalam kalangan pelancong adalah Forbidden City, Kulangsu, Tembok besar China di China, Great Smoky Mountain di Amerika Syarikat dan juga Gyeongju di Korea Selatan, namun tahukah anda terdapat juga beberapa tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO terletak di Malaysia?

Tapak Arkeologi Lenggong, Perak

Sekumpulan pengkaji dari Universiti Sains Malaysia (USM) semasa menjalankan kembara arkeologi di Tapak Arkeologi Lenggong, Perak. Foto: arkeologi.usm.my

Tapak arkeologi Lenggong merupakan kawasan arkeologi yang paling lama di Asia Tenggara. Berusia lebih dua juta tahun, tapak warisan dunia ini menyimpan pelbagai khazanah masyarakat pra-sejarah yang amat bernilai.

Mula diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada 2013, antara penemuan berharga di tapak arkeologi ini ialah peralatan daripada batu dan teknologi yang digunakan masyarakat Paleolitik ketika itu selain rangka Perak Man, yang juga diisytiharkan sebagai manusia terawal di Asia Tenggara.

Terdiri daripada 20 gua, tiga daripadanya iaitu Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar dan Gua Kajang dibuktikan sebagai tapak yang memiliki khazanah arkeologi masyarakat pra-sejarah.

Pengembaraan ke kawasan arkeologi penempatan masyarakat pra-sejarah tentunya amat sesuai bagi para pelancong yang hendak melalui pengalaman bercuti lain daripada yang lain.

Bandar Raya Bersejarah Selat Melaka

Selat Melaka merupakan laluan perdagangan utama dunia semenjak ratusan tahun. Oleh sebab itu, kedua-dua bandaraya yang berusia lebih 500 tahun ini tentunya menyimpan pelbagai cerita sejarah hasil daripada pertembungan budaya yang hadir dari Eropah, Timur Tengah dan juga Asia barat, yang dimanifestasikan melalui seni bina serta budaya hidup masyarakat di bandar tersebut.

Kebaya diperagakan untuk persembahan tarian Baba dan Nyonya pada jemputan majlis, di Banda Hilir. NSTP/RASUL AZLI SAMAD.

Di Bandar Raya Melaka Bersejarah, terdapat pelbagai binaan tinggalan penjajah Portugis seperti Kota A Famosa, gereja  Stadthuys dan gereja Saint Paul.

Selain itu terdapat juga perkampungan bangsa Portugis dan Cina yang telah berasimilasi dengan budaya masyarakat Malaysia. Hal ini ditonjolkan melalui makanan, pakaian dan bahasa yang digunakan oleh mereka.

Kepelbagaian budaya yang terdapat di dua bandar raya bersejarah ini pastinya mampu memberikan perspektif yang segar kepada pelancong tempatan berkenaan dengan sejarah dan perkembangan masyarakat pada zaman pra-merdeka.

Masjid tertua di Pulau Pinang (dibina pada tahun 1801), Masjid Lebuh Acheh yang terletak di Jalan Masjid Acheh, Georgetown. Foto: timetravelturtle.com

Untuk bandar raya Gergetown, proses asimilasi dan pertembungan budaya dunia boleh dilihat daripada bangunan lama yang digunakan untuk upacara dan festival keagamaan, tarian, musik, makanan dan kehidupan harian masyarakat di situ.

Taman Negara Gunung Mulu

Keindahan di dalam gua batu kapur yang boleh dinikmati oleh pengunjung yang datang ke Taman Negara Mulu Sarawak. Foto: borneoadventure.com

Taman Negara Gunung Mulu merupakan kawasan binaan geografi yang terdiri daripada puluhan gua dengan panjang sejauh 295 km. Dengan sejarah kawasan yang berusia hampir 1.5 juta tahun kawasan yang tekenal dengan kekayaan  batu kapurnya itu merupakan tempat yang menjadi tumpuan utama bagi para pengkaji jenis batuan tersebut.

Selain itu, Taman Negara Gunung Mulu turut dipenuhi Hutan Dara Tropika, yang pastinya menambahkan lagi kekayaan flora dan fauna di tapak warisan dunia ini selain menjadi tumpuan penggemar dan pencinta alam semula jadi itu.

Dengan keluasan 52,865 hektar, kawasan ini terkenal dengan kekayaan biodiversitinya, terdapat tumbuh-tumbuhan yang mudah ditemui seperti kelapa sawit yang terdiri daripada lebih 109 jenis spesies sehinggalah kepada tumbuhan yang semakin pupus ataupun sukar ditemui seperti bunga Rafflesia.

Pastinya, pengembaraan ke Taman Negara Gunung Mulu akan menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan ditemui di tempat lain.

Taman Kinabalu

Pemandangan luas kawasan Taman Kinabalu yang menyimpan seribu satu rahsia di dalamnya. Turut kelihatan adalah Gunung Kinabalu yang sering menjadi tumpuan pendaki dalam dan luar negara.  Foto: thecrazytourist.com

Taman Kinabalu merupakan kawasan yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2000. Taman Kinabalu juga diiktiraf sebagai rumah kepada gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. Taman Kinabalu secara geologinya berusia hampir 15 juta tahun, dengan pergunungan yang tercipta hasil daripada pergerakan tektonik bumi yang berlaku kira-kira 1 juta tahun lampau.

Di samping pergunungannya yang terbina daripada batu granit, Taman Kinabalu turut terdiri daripada  kawasan pinggiran dan pergunungan hutan hujan Tropika yang pastinya dihuni oleh pelbagai jenis habitat flora dan fauna.

Turut dikenal pasti sebagai Pusat Diversiti Tumbuhan Asia Tenggara, tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan ini terdiri daripada jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Himalaya dan negara seperti China dan Australia.

Jadi kepada anda yang belum pernah mengunjungi tapak warisan dunia UNESCO yang ada di Malaysia, tunggu apa lagi?

Sambil menikmati keindahan budaya, sejarah dan alam semula jadi, anda berpeluang mengenali dengan lebih mendalam akan kekayaan khazanah yang terdapat di bumi Malaysia.

Sumber: Unesco

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 13 Sep 2023

“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Masuk habuk pula mata min ni 😭 Kasih sayang seorang ibu sampai syurga ❤️

Featured Thu, 24 Jul 2025

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Zoey Rahman antara artis yang mengikuti trend S-Line.

Featured Thu, 14 Aug 2025

Ibu Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anna Jobling – “Happy Birthday Anak”

Ariz titip ucapan hari lahir yang ke 25 tahun buat satu-satunya anak perempuannya.

Featured Wed, 18 Jan 2023

Saharul Ridzwan Sebak Terkenang Pitt Hanif, Terkenang Kata-Kata Arwah

Pelakon Saharul Ridzwan masih terasa dengan pemergian pengarah filem berbakat, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif. Ditemui XTRA pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di […]

Featured Mon, 10 Mar 2025

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

Kes ditangguhkan selepas terrdapat kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan.

Featured Mon, 27 Apr 2026

Kamal Adli Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Anak – “Maaf Ayah Tak Ada Dekat Sini, Cari Rezeki Jauh Sikit Allah Bagi”

Kamal Adli menitipkan ucapan hari lahir sempena ulang tahun anaknya yang kedua menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

error: Content is protected !!