Categories: Featured

Kenali Lelaki Gay, Bukan Dari Cara Pemakaian Mereka Tetapi Bentuk Jari

Sehingga kini tidak terdapat sebarang alat mahupun aplikasi yang berkesan untuk mengenal pasti seseorang lelaki gay melainkan daripada pemerhatian mata saja.

Kebanyakkan lelaki gay mempunyai wajah tampan, bentuk fizikal dan gaya berbeza berbanding lelaki yang normal.

Personaliti dan percakapan mereka biasanya lembut, gerak-geri gemalai, gemar memakai pakaian sendat,  pewangi termasuklah aksesori seperti subang di sebelah telinga kiri sebagai identiti mereka.

Bahkan sesetengahnya mengenakan haruman wanita. Pokoknya golongan ini sangat menjaga penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesetengah itu, bermati-matian menjaga kecantikan mengalahkan orang perempuan misalnya rajin ke salun termasuk melakukan rawatan manicure dan pedicure.

Foto : feminismin India

Itu belum mengambil kira cara mereka memandang lelaki kacak, lebih daring daripada wanita tulen okay! Memang perempuan gigit jarilah jawabnya. Bagaimanapun ada segelintir gay boy tak ‘pecah lubang’ kerana masih menjaga adab dan perlakuan di khalayak ramai.

Ada juga mitos yang mengatakan bahawa pengecaman untuk memastikan sama ada lelaki itu gay ataupun tidak boleh dilakukan melalui jari-jemari tangannya. Sama ada anda mempercayainya ataupun tidak, kenyataan ini mungkin boleh diguna pakai apabila mengaitkannya dengan Digit Ratio Theory.

Beberapa pakar telah membuktikan kebenarannya. So, cuba perhatikan jari tangan anda. Sekiranya jari manis tangan kanan anda lebih panjang daripada jari telunjuk, itu bermakna anda punya banyak hormon testosteron. Hormon ini membentuk sifat hyperactive, agresif dan tidak suka sesuatu yang lembap.

Foto : Variety

Sebaliknya jika jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis, bermakna hormon estrogen anda lebih banyak sehingga sifat anda pun cenderung sensitif dan emosional. Lantas apakah orang yang jari telunjuknya lebih panjang bermakna homoseksual? Ternyata tidak juga.

Pesanan kepada saudara Muslim, apapun konflik naluri yang dialami anda adalah baik dengan segera bertaubat dengan meminta pertolongaan daripada Allah SWT agar tidak terus terjerumus dalam gejala homoseksual kerana perbuatan ini sama sekali dilaknati Tuhan.

Kebimbangan tentang berleluasanya masalah sosial ini, Menteri Pelajaran turut menyokong satu garis panduan kepada ibu bapa untuk mengenal pasti “simptom” gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Foto : Seventeen

Yanie Baharom