Setiap daripada kita pasti mempunyai minuman kegemaran yang tersendiri. Penulis yakin, minuman kegemaran anda pasti minuman yang manis kan?
Tapi, tahukah anda bahawa air suam merupakan air yang boleh memberi manfaat kepada anda? Bagi anda yang tak suka minum air suam, anda perlu tanamkan minat untuk selalu minum ya! Jom kita ketahui kebaikan minum air suam ini.
Kalau anda nak tahu, minum air suam pada awal pagi sebenarnya mampu merangsang sistem pencernaan. Ini kerana, apabila anda minum air suam, pembuluh darah akan mengembang dan secara tidak langsung membantu mencernakan makanan dengan lebih baik sekaligus mengatasi masalah sembelit.
Apabila kita minum air suam, ia dapat menyingkirkan toksin dan secara tidak langsung keadaan ini dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan. Ketahuilah bahawa, peredaran darah yang baik akan membuatkan anda berasa lebih tenang.
Bagi anda yang sedang berdiet ataupun mahu mengekalkan berat badan yang ideal, amalkanlah minum air suam. Air suam yang diminum dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan metabolisme dalam badan.
Bukan itu sahaja, air suam juga dapat membantu tubuh badan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Toksin yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan penuaan yang lebih cepat terhadap kulit berbanding usia sebenar. Untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, minumlah air suam ini setiap hari.
Ini dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan anda kelihatan lebih ‘awet muda’.
Minum air suam juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan pada anggota badan termasuklah kekejangan yang sering kali dialami oleh wanita ketika menstruasi ataupun period pain.
Hal ini kerana, air suam dapat membantu otot-otot badan menjadi lebih relaks dan seterusnya melegakan kesakitan yang dihadapi.
Kesimpulannya, jadikan air suam sebagai minuman utama yang wajib diminum setiap hari. Kurangkan minum minuman manis dan lebihkan minum air suam ok!
Sumber: SirapLimau
Isteri penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen mempertikaikan…
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!