Categories: FeaturedOh Lawa

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Seiring dengan zaman yang serba canggih, teknologi kecantikan juga mengalami perubahan dan mencapai kemajuan pesat.

Wanita kini yang berhasrat untuk memperoleh kulit cantik dengan mudah dan cepat tidak perlu bimbang kerana kini ada pelbagai rawatan kecantikan moden menggunakan teknologi canggih.

Bagaimanapun, bagi pelakon dan penyanyi Linda Rafar serta adiknya, Diana Rafar, mengakui mereka tidak hanya bergantung pada teknologi dan produk kecantikan semata-mata, sebaliknya mempunyai rahsia tersendiri untuk mengekal kecantikan.

Memiliki kulit yang cantik berseri, adik-beradik yang berusia 42 dan 38 tahun itu, berkata mereka lebih selesa mengamalkan cara semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri.

Kredit gambar: Instagram Linda Rafar

Penampilan kedua-duanya ketika majlis pelancaran jenama tudung milik Linda Rafar, LR Hijab di Hotel Marriot Putrajaya, baru-baru ini membuatkan ramai yang kagum dengan kecantikan kulit wajah mereka.

Bukan sahaja tampak anggun berseri, tetapi juga kulit wajah mereka jelas kelihatan bersih tanpa masalah kulit seperti jeragat mahupun jerawat.

Menurut Diana, sudah menjadi kelaziman untuk mereka adik-beradik mengamalkan jamu turun-temurun keluarga mereka. Biarpun pahit, khasiat daripada ramuan semula jadi itu mempunyai kesan yang bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Selain mengamalkan jamu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu turut berkongsi mengamalkan minuman susu kambing sebagai rutin hariannya.

Kredit gambar: Instagram Diana Rafar

“Minum susu kambing merupakan terapi yang paling dekat dengan keluarga kami. Susu kambing merupakan makanan sunah dan mempunyai pelbagai khasiat antaranya mampu mengurangkan berat badan, menambah tenaga, mengurangkan tekanan darah rendah dan darah tinggi, baik untuk kesihatan jantung, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme dan tahap imunisasi badan,” katanya.

Selain mengamalkan cara semula jadi, kakak kepada Diana iaitu Linda itu turut berkongsi mengenai rahsia lain yang diamalkannya.

Kredit gambar: Instagram Linda Rafar

“Selain makan jamu sejak zaman anak dara, saya juga mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dan memperbanyakkan makan sayur serta buah-buahan.

“Selain itu, saya gemar bersenam setiap hari terutama apabila ada waktu terluang untuk menjaga kesihatan badan,” kongsi ibu kepada lima orang anak itu.

Ad Ops