Categories: FeaturedParenting

Makanan Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Caesarean

Tidak semua wanita dapat merasai bersalin secara normal. Kaedah bersalin secara pembedahan ataupun caesarean antara kaedah yang digunakan sekiranya para ibu mengalami komplikasi tertentu ketika hendak melahirkan. 

Namun, bukan mudah untuk menjaga lupa pembedahan pada perut, ia memerlukan teknik penjagaan yang betul. Bukan itu sahaja, amalan pemakanan ketika berpantang juga perlu dijaga supaya luka tersebut tidak dijangkiti kuman dan cepat sembuh. 

Ini antara makanan yang perlu anda jauhi ketika berpantang selepas caesarean:

1. Elakkan makan sumber protein yang tinggi kandungan asidnya

Foto: Tropicana Slim Alergon

Anda perlu mengelakkan makan ikan yang boleh mencetuskan kegatalan kulit sehingga menyebabkan luka pembedahan bernanah. Antara ikan yang tidak boleh dimakan ketika berpantang selepas bersalin ceasarean ialah ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut. 

Manakala ikan bilis pula, tidak semua jenis boleh anda makan ya! Ikan bilis mata biru antara yang boleh dimakan dan elakkan makan jenis ikan bilis yang bersaiz besar kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit anda. Hal ini disebabkan oleh kandungan amino asid yang berbeza. 

2. Elakkan makanan yang boleh menimbulkan alergi

Foto: Lodge

Sumber daging dan ayam sebaiknya anda ambil selepas luka jahitan sembuh, lebih-lebih lagi pada anda yang memang ada alahan. Anda juga perlu elakkan makanan seperti susu lembu, gandum, telur (melainkan telur ayam kampung), oat, barli dan kekacang yang boleh menimbulkan alahan. 

3. Elakkan makanan berlemak dan berminyak

Foto: Twitter

Anda harus elak makan makanan yang berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Makanan yang terbaik ketika berpantang adalah makanan yang direbus, kukus dan panggang. Lebihkan makan bawang putih dan lada hitam supaya mudah untuk buang angin dalam badan sekaligus menjadikan badan sentiasa panas dan ringan.

Secara keseluruhannya, penyembuhan luka caesarean ini memerlukan masa dan perhatian daripada anda sendiri. Jika anda menjaga pemakanan yang seimbang dan elak makanan yang tidak sepatutnya, proses penyembuhan luka akan beransur dengan baik sekali. Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah Pama , Blossommommy

tex_admin