Syarikat pelayaran Royal Caribbean baru-baru ini telah memperkenalkan kapal cruise terbarunya yang dipanggil Symphony Of The Seas.
Berukuran 1,188 kaki panjang dan 238 kaki tinggi, kapal ini adalah yang terbesar di dunia dan telah berlayar dari Málaga ke Barcelona di Sepanyol.
Padan dengan saiznya, Symphony Of The Seas menawarkan banyak perkhidmatan menarik seperti 23 buah kolam renang, sebuah zip-line dan sebuah bar yang dikendalikan oleh robot. Wah!
Walaupun pengalaman menaiki cruise tak selalunya syok, anda perlu tengok dulu apa yang anda boleh enjoy ketika menaiki Symphony Of The Seas ini.
Kapal ini 5 kali ganda lagi besar dari kapal Titanic dan boleh memuatkan 9,000 orang. Ia mengambil masa 3 tahun untuk dibina oleh 4,700 pakar bina kapal dan krew.
Ada 18 dek untuk anda terokai, dan 2,759 bilik untuk pengunjung, termasuklah 15 suite, 9 bilik berpangkin dan 3 bilik yang mengadap laut.
Salah satu bilik yang dinamakan “Ultimate Family Suite,” mempunyai papan gelongsor, meja ping-pong, kolam renang pusaran dan dinding diperbuat daripada Lego di dalamnya.
Kalau anda ingin bersukan, ada gelanggang bola keranjang, spa dan gym yang dikatakan paling besar di atas laut.
Kalau nak sukan yang lagi extreme, cubalah FlowRider, sebuah teknologi surf simulator. Ada lagi aktiviti air yang disediakan seperti slide dan taman air.
Kalau itu masih tak cukup extreme untuk anda, jom try aktiviti zip-line. Atas kapal pun ada! Tali zip-line ini diikat setinggi 9 tingkat dari ground level kapal ini.
Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada! Mereka boleh habiskan masa mereka di Play, sebuah taman rekreasi, serta menjalankan eksperimen menarik di Adventure Science Lab.
Selain itu, ada juga permainan laser tag, gelanggang ice skating dan juga rock-climbing. Kalau mereka berani, mereka boleh mencuba nasib di acara pertunjukkan bakat di Adventure Ocean Theater.
Kapal ini menawarkan 7 kawasan kejiranan berbeza yang para pengunjung boleh terokai. Kawasan Boardwalk mempamerkan hiasan dan dekor dari zaman 80an. Salah satu benda menarik di situ ialah sebiji karusel yang diukir dengan tangan.
Di Royal Promenade pula ada restoran-restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan. Secara keseluruhan, kapal ini memiliki 40 restoran dan bar.
Dan jenis bar yang ada di atas kapal ini bukan yang sebarangan tau. Bukannya pelayan manusia yang akan menghidangkan air minuman anda tapi robot. Mereka dicipta khas oleh universiti teknologi terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT). Anda cuma perlu membuat tempahan melalui sebuah tablet di bar tersebut.
Dengan reka bentuk dalam yang modern dan anggun seperti ini, tak hairanlah kalau pengunjung boleh lupa yang mereka sebenarnya berada di atas kapal.
Pada waktu malam pun, kapal tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, seperti pementasan muzikal Hairspray dan persembahan akrobatik oleh HiRo.
Banyak betul aktiviti yang boleh anda enjoy ketika berada di atas Symphony Of The Sea ini! Gerenti tak membosankan. Dan sesiapa yang mabuk laut tu mungkin takkan terasa.
Sumber: Insider
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅