Categories: FeaturedGaya Hidup

Panduan simpan biskut raya agar tahan lama dan tidak lemau

Hari Lebaran sentiasa meriah dengan pelbagai juadah istimewa yang mencuri selera seperti ketupat, lemang dan rendang. Tidak dilupakan juga aneka jenis biskut raya menarik yang menjadi pelengkap hidangan pada Hari Raya.

Kredit gambar: Nestia

Bagaimanapun, tidak sampai seminggu beraya, biskut raya yang menjadi pilihan dan kegemaran tetamu yang hadir sudah mula rasa lemau sekali gus mengundang reaksi kurang senang sesiapa yang menikmatinya.

Kredit gambar: Hasrul Hassan

Berikut adalah panduan untuk menyimpan biskut raya agar tidak lemau dan tahan lebih lama:

1. Jika anda buat sendiri biskut raya, pastikan biskut raya yang baru keluar dari ketuhar disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam bekas.

Kredit gambar: Alaf 21

2. Pastikan bekas untuk meletak biskut dilap sehingga kering sebelum memasukkan biskut raya. Hal ini kerana biskut akan cepat rosak dan lemau jika ada kelembapan dalam bekas.

3. Simpan biskut di dalam bekas kedap udara dan pastikan ia ditutup dengan rapat.

4. Jangan guna bekas yang sama untuk meletak biskut yang berlainan jenis. Asing dan pastikan anda tidak campur dalam satu bekas kerana setiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza, jadi ia tidak sesuai untuk diletakkan sekali dalam bekas yang sama.

Kredit gambar: Oh Bulan

5. Masukkan uncang berisi garam dalam balang biskut untuk memastikan biskut kekal rangup. Garam berfungsi untuk menyerap kelembapan dalam balang.

6. Bagi memastikan keaslian rasa biskut raya tahan lebih lama dan sedap, taburkan sedikit gula dalam balang kerana cara itu mampu mengelakkan biskut daripada berbau tengik atau hapak.

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

7. Anda juga boleh bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180 darjah Celcius selama lima minit. Biskut raya akan tidak lemau dan akan kembali rangup serta sedap!

Semoga bermanfaat!

Ad Ops