Categories: FeaturedGaya Hidup

Penyeri di majlis-majlis hiburan, klon Ziana Zain kini berimej ‘ustaz’

Jika anda mengikuti perkembangan hiburan, anda pasti tahu kewujudan seorang insan ini yang merupakan klon diva popular, Ziana Zain.

Menggelarkan dirinya sebagai Ziana Zain 2, peminat fanatik pelantun lagu Madah Berhelah itu, khabarnya sudah berubah dan kembali pada lahiriahnya sebagai seorang lelaki.

Foto: Iluminasi

Bahkan kebanyakan foto-foto yang dimuat naik klon Ziana Zain itu iaitu Nik Aidi Azhar Seman, dalam laman Facebook miliknya, memaparkan kehidupan baharunya yang cenderung pada keagamaan seperti aktiviti masjid dan mendalami al-Quran.

Alhamdulillah, mudah-mudahan Aidi istiqamah!

Perubahan Aidi bukan baharu, sebaliknya dia mula berubah sejak 2018. Acap kali didatangi mimpi buruk, membuka pintu hatinya untuk bertaubat. 

Bagaimanapun, kisahnya mendapat hidayah ini kembali hangat diperkatakan apabila warga siber menemukan fotonya mengenakan lilitan kepala seperti lebai ketika mengikuti kelas tahfiz al-Quran.

Foto: Facebook Nik Aidi Azhar Seman

Sepanjang menjadi wartawan hiburan dulu, penulis kerap bertemu dengan Aidi di majlis penganugerahan, acara program realiti dan konsert anjuran stesen televisyen (TV). Aidi ni seorang yang suka senyum dan ramah menegur orang.

Dia memang selamba, menari macam tak wujud orang di sekelilingnya dan jangan terkejut Aidi juga popular kerana selalu nampak orang berebut-rebut ingin berfoto dengan klon Ziana Zain 2 ini.

Foto: Facebook Nik Aidi Azhar Seman

Sempena hari baik, bulan baik ini Hijab & Heels ingin mengucapkan tahniah kepada Aidi, semoga terus diberi ketetapan hati dan menjadi insan yang lebih baik.

Pesanan pada orang ramai, lain kali jangan menghina dan mencerca orang lain. Kita takkan pernah tahu bagaimana Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang hamba-Nya.

 

Yanie Baharom