Featured By: Ad Ops June 8, 2018 @ 10:00am

Wanita Ini Melukis Potret Penuh ‘Bling’ Dengan Menggunakan Serbuk Glitter! Lihat Caranya

Seni itu seluas alam semesta. Ia boleh dicipta dengan menggunakan pelbagai jenis alat.

Secara lazimnya, kita menggunakan alat seni lukis yang kini telah berkembang daripada pensel biasa menjadi pensel berwarna, warna air, colour magic dan crayon.

Tapi biasalah, manusia tidak pernah puas, tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mengembangkan kreativiti mereka.

Anda pernah tak cuba “melukis” dengan teknik sand art, seperti dalam gambar di bawah, masa dulu-dulu?

Foto: www.sandarts.com

Kupilkan saja kertas pelekat dari “kanvas” anda dan taburkan pasir halus yang berwarna untuk mencipta sebuah lukisan.

Seorang pelukis dari Toronto, Kanada yang bernama Trilli menggunakan teknik yang lebih kurang sama untuk seni potretnya.

Cuma daripada pasir, dia menggunakan serbuk glitter! Jadi gambar yang terhasil memang nampak lebih luar biasa daripada potret yang dilukis dengan warna air atau cat minyak biasa.

Mungkin dalam gambar still photo, anda tak berapa nampak gemerlapan serbuk glitter yang digunakan, tapi tengok gif ini:

Lip-lap-lip-lap!

Yang menariknya, dia hanya gunakan gam dan serbuk glitter untuk menghasilkan seni yang mempersonakan ini. Kita pula, nak lukis guna pensel biasa pun tak pass!

Trilli mula bereksperimen dengan seni ini sejak 10 tahun lalu. Dia ingin membuktikannya yang dia boleh hasilkan seni yang sama seperti seni yang menggunakan paint.

Dan untuk sesetengah potret, dia meningkatkan lagi tahap gemerlapan bling bling dengan melekatkan kristal Swarovski di lukisan tersebut. 

Contohnya, gambar Paris Hilton berbaju pink di atas. Nampak tak anting-antingnya? Itulah kristal Swarovski.

Setiap potret mengambil masa 15 ke 50 jam untuk siap. Bahagian yang paling mengagumkan ialah bagaimana lukisannya siap ada shading yang membuatkannya nampak lagi realistik!

Tengok video ini untuk ketahui bagaimana caranya Trilli hasilkan potretnya.

Hmm, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Kalau anda bosan dengan medium seni seperti pensel warna atau water colour, apa kata anda cuba seni serbuk glitter pula?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Mar 2018

Keliru Apa Perbezaan Expired Date, Use Before & Use By? Baca Penjelasan Ini, Penting!

Tahukah anda perbezaan antara EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY?

Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Featured Wed, 6 Mar 2019
Featured Thu, 22 Dec 2022
familuv Sat, 2 May 2020

Sedihnya lihat ‘rumah’ pelajar bijak ini yang begitu daif

Jika selama ini kita menganggap kisah pelajar miskin yang berjaya menggenggam segulung ijazah hanya berlaku dalam drama sahaja, namun penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu membuka pelbagai kisah masyarakat yang selama ini tidak diketahui ramai. […]

familuv Wed, 25 Mar 2020