Categories: Filem

FILEM KOREA “ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS” BIKIN PECAH PANGGUNG?

Filem “Along With The Gods : The Two Worlds” merupakan antara filem terbaik Korea kerana mempunyai jalan cerita yang semestinya diluar jangkaan. Berkisarkan tentang kehidupan selepas kematian, pastinya akan membuatkan para peminat cerita Korea ini tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui tentang kesudahan ceritanya.

Ja Hong, lakonan mantap Cha Tae-Hyun merupakan seorang anggota bomba yang telah mati semasa sedang menjalankan tugasnya. Kemudian dia telah dibawa oleh tiga orang malaikat ke dunia selepas kematian dan terpaksa menjalani beberapa ujian untuk membuktikan dirinya tidak bersalah sebagai seorang manusia sebelum dia dapat dihidupkan semula.

Sumber : Allkpop

Lakonan mantap Ha Jung-Woo, Ju Ji-Hoon, Lee Jung-Jee, D.O dari Kumpulan EXO, Don Lee dan Kim Hyang-Gi ini secara tidak langsung menjadikan filem Along The Gods : The Two Worlds ini terus menetapkan rekodnya dengan meraih  dua juta penonton di pawagam seluruh Korea dalam masa empat hari tayangan sahaja bermula 20 Disember yang lepas. Manakala, setakat 31 Disember 2017, filem ini sudah meraih 8.5 juta penonton sekaligus menjadikan filem ini sebagai filem nombor dua yang mengutip jumlah jualan tiket tertinggi pada tahun 2017 selepas 11 hari tayangannya di pawagam. Wow!

Sumber : Allkpop

Selepas kejayaan tayangan filem ini juga, penonton sudah semestinya akan menantikan sekuel dari filem Along With Gods : The Two Worlds iaitu Along With The Gods : The Last 49 Days.

Sumber : Allkpop

Along With The Gods : The Two Worlds pastinya akan  membuatkan anda terkesan dengan beberapa scene dalam cerita ini. Oh ya! jangan lupa sediakan tisu juga buat yang yang pertama kali menyaksikannya!  

So, kepada semua peminat cerita Korea terutamanya di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan filem Along With Gods : The Two Worlds ini pada 18 Januari 2018 di pawagam yang berdekatan okay!

Salma Syahbuddin