Categories: Gaya Hidup

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Mengelak belenggu stress lagi mudah berbanding mengendalikannya. Hanya perlu relaks. Tak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk satu pakej staycation di pinggir kota, atau sesi spa berjenama popular.

Ini langkah untuk elak stress yang praktikal namun efisien:

1) Meditasi

Beberapa minit setiap hari boleh mengurangkan keresahan. Menurut pakar psikologi Robbie Maller Hartman, kajian mendapati meditasi harian boleh mengubah sistem neuro otak, membuatkan anda lebih kental menghadapi stress. Tutup mata dan fokuskan perhatian dengan menyebut kata-kata positif seperti “I love myself” atau “I feel at peace”, dan mulakan rasa tenang tanpa tekanan.

2) Tarik nafas dalam-dalam

Ambil masa 5 minit untuk berehat dan fokuskan kepada pernafasan anda. Berdiri tegak dengan mata tertutup dan tangan di perut. Bernafas perlahan-lahan melalui hidung, rasakan nafas bermula dari abdomen dan beransur menuju kepala. Terbalikkan proses apabila anda hembus nafas menggunakan mulut.

3) Reach out

Rangkaian sosial adalah antara kaedah paling mujarab mengendalikan stress. Bercakap dengan teman-teman terutamanya bersemuka atau sekurangnya di telefon akan memberi perspektif baru selain menguatkan ikatan persahabatan.

4) Gelak ketawa bagai tiada hari esok!

Ketawa sehingga sakit perut tidak hanya meringankan beban di kepala, malahan merendahkan kortisol yakni hormon stress badan. Ketawa juga merangsang endorphin yang membantu meningkatkan mood. Mulakan dengan menonton video kelakar di Youtube, membaca timeline Twitter parodi, ataupun luangkan masa dengan pak lawak seharian.

5) Jadi aktif!

Tidak semestinya anda perlu berlari half marathon untuk mendapat runner high. Aktiviti senaman ringan seperti berjalan atau yoga boleh meredakan kemurungan apabila otak merembeskan bahan kimia gembira. Anda boleh mulakan dengan jogging di sekitar taman, naik turun tangga beberapa kali ataupun buat aktiviti regangan ringan. 

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops