Gaya Hidup By: Ad Ops January 30, 2019 @ 10:00am

5 cara untuk mengetahui lebihan makanan anda tidak lagi selamat untuk dimakan

Tiada cara lain yang lebih hebat untuk memastikan diet anda betul-betul sihat, melainkan anda masak sendiri makanan di rumah.

Tetapi jika anda menggunakan cara ini, pastinya akan ada lebihan makanan.

Semua orang tidak suka membazir makanan yang masih elok, tetapi makanan itu bukan seperti bahan makanan yang dijual di pasaran kerana tidak mempunyai tanda “baik sebelum” untuk kita tahu bila tarikh luputnya.

Lazimnya, makanan yang mudah rosak hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama tujuh hari. Selepas jumlah hari itu, lebihan makanan anda tidak lagi selamat untuk dimakan.

Namun begitu, ada sesetengah makanan yang patut dibuang terus sebelum tamat tempoh tujuh hari itu.

Di bawah ini, pakar makanan dan nutrisi Bonnie Taub-Dix kongsikan cara-cara untuk mengetahui jika lebihan makanan anda masih selamat untuk dimakan.

1. Makanan itu berkulat

Kulat bukan sahaja boleh tumbuh pada bahan makanan seperti keju, roti dan buah, sebaliknya bahan lain juga boleh selepas sesuatu tempoh masa itu.

Bonnie menyarankan anda buang terus makanan itu sebaik sahaja nampak berkulat. Jika anda tidak pasti ia masih elok, cari tanda-tanda pencemaran yang lain.

2. Makanan itu bertukar warna

Foto: CafeMom

Sebelum anda makan, periksa makanan itu dengan teliti dan tanya diri sendiri jika setiap komponennya mempunyai warna yang sama sepertu ketika anda baru memasaknya.

Contohnya, periksa jika daging anda sudah bertukar kelabu, atau sayur hijau sudah bertukar ke warna coklat. Bonnie berkata, jika warnanya bukan lagi warna yang sepatutnya, ini bermakna makanan itu sudah tidak selamat untuk dimakan.

Teknik ini sesuai untuk hidangan yang mengandungi ramuan segar seperti daging, sayuran dan tenusu. Bagi sajian yang mengandungi bahan pengawet, warnanya boleh mengelirukan.

3. Bau makanan tidak lagi menyelerakan atau berubah secara mendadak

Anda mesti pernah melalui situasi yang mana anda membuka peti sejuk dan anda “diserang” bau makanan yang telah rosak. Ini adalah satu tanda yang menunjukkan lebihan makanan anda sudah sedia untuk dibuang.

Bonnie berkata, makanan yang berbau busuk walaupun sedikit, tidak lagi cukup segar untuk dimakan.

Foto: Flickr

4. Tekstur makanan rasa lain

Selepas memeriksa makanan anda untuk tanda-tanda kulat dan perubahan warna atau bau, jika anda masih tidak pasti, periksa jika ada sebarang perubahan dari segi tekstur.

Bonnie mencadangkan jika anda pegang dan ia berasa melekit atau berlainan daripada yang asal, besar kemungkinan makanan itu sudah rosak.

5. Naluri anda berkata “jangan makan”

Satu daripada moto yang dipegang oleh Bonnie ialah “Bila rasa ragu-ragu, jangan makan”.

Anda mungkin tidak ingin membazir dengan membuang makanan. Tetapi jika anda makan juga makanan yang sudah rosak, ada potensi yang anda akan jatuh sakit dan akhirnya anda perlu berbelanja untuk rawatan doktor atau ubat.

Panduan menyimpan makanan

Foto: House Beautiful

Untuk mengelak daripada membazir, Bonnie mencadangkan anda labelkan makanan itu mengikut peraturan FIFO (first in, first out) iaitu yang mana masuk peti sejuk dahulu, itulah yang perlu digunakan dahulu.

Ini adalah amalan keselamatan makanan yang dipraktikkan oleh pekerja restoran untuk memastikan kualiti makanan adalah optimum.

Bonnie juga mencadangkan anda menyimpan dan memanaskan lebihan makanan dengan betul untuk mengelakkan pembentukan bakteria.

“Simpan makanan di dalam bekas yang boleh ditutup rapat dan letakkan di dalam peti sejuk dalam suhu yang sesuai. Jangan biarkannya di atas meja apabila ia sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.”

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Fri, 22 May 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Senaman Setiap Hari, Selamat Atau Tidak?

Melakukan senaman setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Featured Mon, 1 Jun 2020
Gaya Hidup Thu, 12 Sep 2019
Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Apakah jenis kulit muka anda dan cara mengetahuinya?

Antara ciri-ciri untuk mengenalpasti jenis kulit anda

Featured Fri, 13 Mar 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Kehamilan Di Luar Rahim Bahaya Untuk Wanita. Ini Antara Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda tahu kehamilan di luar rahim bahaya dan boleh menyebabkan kematian?