Gaya Hidup By: Ad Ops May 1, 2018 @ 3:00pm

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ramai orang beranggapan yang kalau anda simpan bahan makanan di dalam peti ais, ia akan tahan lebih lama. Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan yang kalau disejukkan, ia sebenarnya akan rosak dengan lebih cepat?

Sebaliknya, simpan di dalam almari atau pantri pun dah kira okay. Nanti adalah ruang extra untuk letakkan benda lain di dalam peti ais anda!

Jom ketahui apakah jenis bahan yang tak perlu disejukkan.

1. Sos pedas

Foto: www.flickr.com

Salah satu jenis yang popular ialah sos Tabasco. Asid di dalam kandungan sos ini tak membenarkan bakteria untuk membiak langsung, jadi tak jadi masalah jika anda simpankan ia di dalam almari atau pantri. Ia boleh tahan sampai 3 tahun!  

2. Ubi kentang

Foto: www.flickr.com

Jika anda menyimpannya dalam peti sejuk, rasanya akan berubah. Tak sedaplah nanti kalau nak buat lauk kari! Selalunya ubi kentang boleh tahan selama lebih kurang 3 minggu bila disimpan di dalam suhu bilik.

3. Roti

Foto: www.flickr.com

Angin sejuk di dalam peti ais akan mengeringkan roti anda dengan cepat. Nanti rasa macam makan cardboard pula bila makan. Simpan saja di luar peti ais dan ia akan tahan selama 3 ke 4 hari.

4. Bawang

Foto: www.pinterest.co.uk

Patutlah ia dijual dalam beg yang berlubang! Peredaran udara membolehkan bawang untuk tahan lebih lama. Tapi pastikan anda tak simpankannya bersama dengan ubi kentang. Bawang dan ubi akan mengeluarkan kelembapan dan gas yang boleh menyebabkan mereka rosak cepat.

Bawang putih pun sama, tak perlu disejukkan tapi perlu diudarakan. Ia boleh tahan selama 2 bulan.

5. Tomato

Foto: www.flickr.com

Sebenarnya tomato akan rasa lebih sedap apabila ia tidak disimpan di dalam peti ais. Dan memandangkan tomato yang anda beli di pasar telah dipetik sebelum ia cukup masak, menyimpannya di suhu bilik boleh tolong “memasakkannya”.

6. Serbuk kopi

Foto: www.colourbox.com

Tak perlu simpan di dalam peti ais. Di mana-mana pun boleh asalkan bekasnya ditutup rapat. Jika anda menyimpannya di dalam peti ais, kondensasi akan terbentuk dan ia akan merosakkan rasa kopi itu.

Bonus!

Bateri

Ya, tak ada siapa yang akan makan bateri, tapi tak tahulah kenapa, ada orang ingat dengan menyimpan bateri di dalam peti ais, kuasanya akan tahan lebih lama. Sebenarnya ia tidak betul! Kesejukan dari peti ais akan mengurangkan keupayaan bateri itu untuk menyimpan cas.

Jadi, anda ada simpan mana-mana bahan ini di dalam fridge anda?

Sumber: Dailyentertainment

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 25 Oct 2018

Kalau Nak Bibir Lembut Dan Cerah, Lakukan Skrub Bibir Guna Berus Gigi Ini

Skrub bibir berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen.

Featured Sun, 11 Nov 2018

Ketahui Bahagian Ayam Yang Paling Tinggi Protein & Berkhasiat

Kalau nak kurus, kenalah tahu bahagian ayam mana yang patut dikurangkan dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Gaya Hidup Mon, 28 Jan 2019

33 gambar laut dalam yang menang anugerah, anda pasti terpukau melihatnya

Gambar-gambar ini akan membuatkan anda mengagumi ciptaan Tuhan

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Kegunaan soda bikarbonat selain untuk masakan

Dapat memudahkan kerja rumah anda!

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Orang Yang Berjaga Malam Lebih Berisiko Tinggi Untuk Meninggal Dunia Dengan Cepat, Menurut Kajian

Alamak! Kalau orang-orang yang kerja shif malam tu macam mana?

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 22 Feb 2023

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Wahh tahniah! PU Riz pun dah ikut jejak isteri buat bisnes

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018
Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Perlukah cuci tuala wanita sebelum buang? Ini pendapat mufti KL

Kalau tidak, nanti jin “makan”! Betul ke?

Featured Tue, 12 May 2020